Wednesday, October 30, 2013

Update lah sikit...

Takde apa sangat la nak update sebenarnya. Life macam tu jugak lah. SAHM. Apa lagi kerja nya. Never ending chores dan semestinya mengadap perihal anak-anak ;)

Exam akhir tahun baru je habis last week. Merdeka dah budak-budak tuh especially si abang. Pergi sekolah sekarang enjoy jer ler. Bila tanya apa buat kat sekolah? Jawapan dia main, joget-joget lah bagai. Yang aku nak tergelak dia selected masuk tarian untuk hari kanak-kanak next Wednesday. Hahaha. Tarian apa lah agaknya. Kayu je anak bujang aku tu ha :P

Overall result dia okay lah. 90 lebih je marks dia. Bukan main budak sekarang kan. So dapat nombor sepuluh. Top ten dia kata. Iyo lah :P Yang dapat nombor 1 2 3 agaknya semua kertas 100% je marks nya kot. Takuit. Budak ni takde otak engineer kot macam bapaknya. Math dia 74. Semua silly mistakes. Marah pun tiada gunanya. Tapi marah, eh bebel lah jugak. Cuti sekolah siap ler. Buat ler eksesais math banyak-banyak. Kuang. Kuang. Kuang. Konon lah konon. Bebudak cuti. Aku pun cuti ler :) 

Nadhirah macam tu lah dia. Merajuk muncung sedepa. Ikut sape? Mesti lah mama dia ;) Next year dah darjah satu. Boleh dah membaca, mengira, mengaji. All thanks to the teachers. Aku tak buat apa pun :) Tapi aktif pergi masuk contest mewarna. Rajin cikgu-cikgu dia melayan. Bagus jugak pra-sekolah ni. Banyak aktiviti. Exam dia? Bila tanya manjang je okay :P Asalkan korang paham apa cikgu ajar okay lah. Grade belakang cerita. Tapi kalau flop sangat pun tak boleh jugak. Balancing kena ada :)

my 3N

Naqib? The king of all. Haha. Budak debok ni dah nak masuk 3 tahun next february. Tapi... Still not diaperless. Bila turn dia ni malasnya rasa nak PT. Teruk mama dia ni -___- Nanti lah. Before you blow candles on your third birthday cake mama make sure you diaper less dah okay ;) Ingat next year nak hantar gak lah play school. Bagi dia bersosial. Sekarang ni mengada lebih dengan mama. Sok dah sekolah tau lah awak. No more mama mama mama mama mama. 

Cukup lah dulu. Hidung dah tersumbat. Kepala ting tong. Eh, benci lah dashboard blogger baru nih. Grrrrr. Goodnight all! :)

Thursday, October 10, 2013

My name is MOM

The telephone's ringing, the TV is blaring.
Sister is crying' cause Brother's not sharing.
There's a spill on the carpet that no one will claim.
There's no time for sitting when Mommy's your name...

The laundry is folded but not put away.
The dishes you just washed are from yesterday.
Without any warning your relatives came.
There's no getting caught up when Mommy's your name...

You drive to the market, you drive to the school
You drive to the cleaners, you drive the carpool
You drive yourself crazy, it's really a shame.
There's no time for resting when Mommy's your name...

To your bedroom you sneak to find peace for a minute,
but your minute is over before you begin it.
Your little one finds you and thinks it's a game.
There's no time for hiding when Mommy's your name...

At night as you kneel to thank heaven above you,
An angel creeps in and says, "Mommy, I love you."
You may not know glory or fortune or fame,
but you are lucky when mommy is ur name!!!

[credit to Islam For Kids ]

Wednesday, August 28, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Raya dah nak habis tapi baru nak wish kat sini. But still syawal lagi kan? ;) Raya this year lagi macam tah pa pe. Dah makin tua ni kurang dah excitement nya. Untuk bebudak memang syok lah diorang :) This year raya kat rumah sendiri. Memang turn raya belah hubby kat Seremban. So pagi raya memang kat rumah sendiri lah. Then pagi raya baru ke TTJ. 3rd raya baru balik KL. Tak jalan ke mana2 pun. Raya dekat2 je. Last Saturday buat jugak lah open house jemput family sedara-mara jiran tetangga. Semua masak sendiri. Gotong-royong beramai2. Yang main dish nasi lemak rendang ayam MIL yang masakkan. Lontong, lodeh, kuah kacang, sambal sotong, spegeti buat sendiri. Desserts ada yang kakak buatkan, SIL pun. Baru buat open house kekecik gitu. Baru 100 orang belum 1000 lagi dah kepenatan macam hape. Haha. Anak2, kawen nanti sedia duit catering k. Tak payah la susah2 nak masak nanti :P Tapi penat2 pun happy. The guests puas hati dengan food yang disediakan. Yippie! Thanks for those who came memeriahkan majlis. Lain kali kita makan2 lagi ;)

Dengan itu, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf Zahir Batin :)

Adios amigos!

Sunday, July 21, 2013

Ramadan datang lagi (2013)

It's been a while. A long one. I did miss my dear blog. Tapi nak menulis menaip tu rasa malas sungguh. Nak cari time lagi satu hal. Almost impossible for me nowadays. Waktu senggang? Nada. Fulfilled. Anak-anak nak membesar ni macam-macam. Nevertheless i'm happy. Truly happy with my life now. Thank you Allah.

So how's your ramadan? Pejam celik pejam celik kejap je harini dah 12 Ramadan. Cepat betul masa berlalu. This year marked as our first puasa at our very own house. Alhamdulillah, so far so good. Anak-anak pun puasa full takat ni. Dah kurus kering dah diorang. Nanti raya tinggal tulang. Then we can have skeletons pakai baju raya, raya nanti. Haha. Diorang puasa atas kerelaan diri sendiri. Kitorang tak paksa. Syukur lah :) Sebabkan kerelaan diorang tu lah i've to wake up as early as 4am to masak sahur. Kalau laki bini je makan roti minum kopi je pun boleh. Tapi budak-budak pun puasa, kena lah berkuntau gak kat dapur masak lauk & nasi. Buka tak kisah makan apa. Usually no nasik lah. Apa-apa pun boleh. Syukur lagi :) Tu perihal Nawfal & Nadhirah. Budak Naqib? Puasa jugak kata dia. Lepas makan, minum or susu dah kenyang dia claim dia 'puace' lah lepas tu. Hehe. Such a bubbly boy. Sampai aku rasa nak kurung dia dalam bilik sorang-sorang tak larat nak layan dia cakap. Haha :P Just kidding ya, jangan saman ;) 

Persiapan raya macam biasa. Semua pun tumpu kat anak-anak je. Diorang dah puasa, so they deserve to be happy on hari raya. As long as they are happy, i'm happy enough. Tahun ni raya Seremban dulu. The next day baru balik KL. Sedih this year first time tak tolong mak & babah siap-siap masak & kemas rumah for raya. I've been living with them for the last 30 years. Can you imagine my feeling? :( Hanya Yang Satu Yang Maha Mengetahui.

Jangan sedih-sedih. Be happy. Semalam dapat buka ramai-ramai kat rumah mak. Syok. Banyak betul food atas meja. Sampai ke sahur kenyang dia. Alhamdulillah. Thanks to adik-beradik ipar duai juga. Pastu raya nanti we decided to have an open house for family & friends kat rumah mak & babah. Gonna be a fun one lah i tell you. Food galore. Siapa yang tak suka? Jemput datang eh nanti ;)

Haa on another note, Nawfal turned 7 years old 9hb haritu. A day before puasa. Buat kek cekelat je untuk dia. A small celebration just the 5 of us. Besar dah dia. Maknanya aku pun dah tua. Haha.

Rasa tah apa-apa aku menulis. Semua perenggan takde kesinambungan. Dah tak reti. Ini semua salah twitter. Limit taip 140 char je. Hehe. So that's all folks. Nanti (tak tau zaman bila) kita jumpa lagi kat sini. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa!
:)

Wednesday, October 3, 2012

Sweet tooth

I love cakes. I love pastries, I love bread.
I love desserts :)

meringue lemon tart, almond toffee bar, strawberry cheese cake.
@ Plan B cafe, Solaris.