Wednesday, October 30, 2013

Update lah sikit...

Takde apa sangat la nak update sebenarnya. Life macam tu jugak lah. SAHM. Apa lagi kerja nya. Never ending chores dan semestinya mengadap perihal anak-anak ;)

Exam akhir tahun baru je habis last week. Merdeka dah budak-budak tuh especially si abang. Pergi sekolah sekarang enjoy jer ler. Bila tanya apa buat kat sekolah? Jawapan dia main, joget-joget lah bagai. Yang aku nak tergelak dia selected masuk tarian untuk hari kanak-kanak next Wednesday. Hahaha. Tarian apa lah agaknya. Kayu je anak bujang aku tu ha :P

Overall result dia okay lah. 90 lebih je marks dia. Bukan main budak sekarang kan. So dapat nombor sepuluh. Top ten dia kata. Iyo lah :P Yang dapat nombor 1 2 3 agaknya semua kertas 100% je marks nya kot. Takuit. Budak ni takde otak engineer kot macam bapaknya. Math dia 74. Semua silly mistakes. Marah pun tiada gunanya. Tapi marah, eh bebel lah jugak. Cuti sekolah siap ler. Buat ler eksesais math banyak-banyak. Kuang. Kuang. Kuang. Konon lah konon. Bebudak cuti. Aku pun cuti ler :) 

Nadhirah macam tu lah dia. Merajuk muncung sedepa. Ikut sape? Mesti lah mama dia ;) Next year dah darjah satu. Boleh dah membaca, mengira, mengaji. All thanks to the teachers. Aku tak buat apa pun :) Tapi aktif pergi masuk contest mewarna. Rajin cikgu-cikgu dia melayan. Bagus jugak pra-sekolah ni. Banyak aktiviti. Exam dia? Bila tanya manjang je okay :P Asalkan korang paham apa cikgu ajar okay lah. Grade belakang cerita. Tapi kalau flop sangat pun tak boleh jugak. Balancing kena ada :)

my 3N

Naqib? The king of all. Haha. Budak debok ni dah nak masuk 3 tahun next february. Tapi... Still not diaperless. Bila turn dia ni malasnya rasa nak PT. Teruk mama dia ni -___- Nanti lah. Before you blow candles on your third birthday cake mama make sure you diaper less dah okay ;) Ingat next year nak hantar gak lah play school. Bagi dia bersosial. Sekarang ni mengada lebih dengan mama. Sok dah sekolah tau lah awak. No more mama mama mama mama mama. 

Cukup lah dulu. Hidung dah tersumbat. Kepala ting tong. Eh, benci lah dashboard blogger baru nih. Grrrrr. Goodnight all! :)

No comments: