Tuesday, October 7, 2008

Jahil...!

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Korang! Aku nih tgh konpius! Posa qada vs posa enam...


Aku dok google jumpe la nih & nih. Ikot 2 artikel nih kate:
  • bleh posa selang-seli, slagi dlm bulan syawal & genap 6 hari *tp lebih afdal posa frm 2nd til 7th syawal secara berterusan
  • bleh je niat qada ganti posa, at the same time kite dpt gak pahala posa enam *nk ganti posa dulu baru buat posa enam pon xde masalah
"Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang."

Tp ade 1 artikel nih dia ckp camni lak... & one of my fren ade ty 1 ustaz, explanation dia same cam artikel nih...
  • yg selang seli tuh mmg bleh mcm stated kt atas tuh *setel!
  • tp dia kate xleh posa qada & posa enam skaligus. xleh la 2-in-1...
Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.

Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.

Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:

“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.” [Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur, 1996), ms. 136-137]



Ikot pemahaman aku selama nih, niat tuh mmg xleh 2-in-1, kite kene niat qada je, tp ganjaran posa 6 kite dpt gak coz posa dlm bulan syawal. Yg qada tuh wajib, posa enam is sunat. So mmg kene dulu kan posa qada tp xde mslh utk nk buat 2 kali (berasingan), qada & posa enam...

So, korang meh la share kt cni... Ade gak yg kate dh ade kuar kt paper last yr psl bende nih. Pon kate mmg kene buat berasingan... Sape buleh tolong???

notes: me? aku niat qada je. mmg tgal posa genap 6hari. insyaAllah setel! ;) islam is a way of life. byk kemudahan & x memudaratkan... wallahualam... renung2kan & slamat beramal... :)

3 comments:

Unknown said...

luv u sis ... aku ni buat pertama kalinya mengasingkan pose qada' ramadhan dgn sunat 6 .. biasanya aku sekali kan .. apa pun, tuhan tahu niat kita .. wallahualam ...

mazzuana said...

eza, aku pun selalu jek sekalikan posa qada ngan posa enam, so, nampaknya kena la aku buat asing-asing ye tak? tapi aku setuju ngan ko kalo dah niat qada then posa lak dalam bulan syawal, dapat percent lebih sket la kot even tak dapat pahala penuh posa enam...wallahualam

~ #TinieFabulous ~ said...

well ...aku baru jer trbaca satu artikel dr mashita ....memang pose tu kene asing ...kalu bleh settlekn pose ganti dulu then baru pose sunat ;)