Friday, May 15, 2009

Hak ibubapa terhadap anak²

Seperti biasa dalam satu hari jumaat setiap bulan met akan buat ceramah agama. So for this month, today is the day. Tajuk harini menarik jugak. Hak ibubapa terhadap anak² given by ustaz Halim Din dari ppz selangor. Rock jugak ustaz ni. Cakap omputih siap tajwid, harakat sume lah. Hehehe. Ustaz selalunya ada je kelakarnya kan? ;)

As a parent, i 'think' that i already knew my responsibilities towards my children. Tapi pada hakikatnya banyak lagi benda yang saya kena belajar. Belajar macam mana sebenarnya nak pastikan anak² saya benar² mendapat ilmu dunia dan akhirat seterusnya menjadikan mereka orang yang beriman. Yang tahu bezakan buruk dan baik, yang sentiasa taat kepada perintah agama, anak-anak yang sentiasa menghargai ibubapa dan dapat mendoakan saya setelah saya mati nanti. Saya tak nak anak² saya jadi orang yang berjaya tapi lupa pada Penciptanya. A long way to go yet it's really time to get started.

Mungkin memang ramai yang tau peringkat-peringkat umur tumbesaran anak² dari segi sains dan medik. Dari segi Islam? Sebelum ni saya tau pun hanya samar-samar. Tapi harini saya rasa dah lagi jelas. Fasa 1: 1-7 tahun - ibubapa kena sayang kepada anak², peluk, cium, bermanja dsb. Fasa 2: 8-14 tahun - ibubapa kena tegas dengan anak². Fasa 3: 15-21 tahun pula adalah masa ibubapa sepatutnya menjadi kawan kepada anak². Umur 7 tahun sepatutnya dah solat. Umur 10 tahun kalau tak solat dah boleh rotan.

Bagi saya peringkat 2 dan 3 adalah fasa yang sangat kritikal. Tegas yang bagaimana yang dimaksudkan? Ikut pendapat saya ia bukan tegas dengan hanya membebel dan merotan. Mungkin tegas yang benar-benar memberikan kesan. Saya suka dengan phrase "you are grounded!", mungkin inilah salah satu approach yang akan saya gunakan suatu masa nanti. Tegas dan berkesan.

Befriended to your children? Tapi saya pasti ia bukanlah bermaksud sampai mereka boleh pijak kepala kita sesuka hati. Sporting tak tentu pasal. Listen to your children, response to their needs and share their interest. Give them freedom but within the limit. Bagi saya itu lah matlamatnya. Ermm banyak lagi tips² parenting nak kena baca...

Saya bukan lah parent yang terbaik. But deep inside my heart, i want my children to have the balance in their lives. Apa pun pendekatan yang digunakan semuanya berbalik kepada landasan agama. Semuanya dah siap garis panduan. Tinggal nak execute je dengan approach yang terbaik. However, hak dan tanggungjawab kita memberikan mereka pendidikan agama yang terbaik dan berkesan dari segi akidah, akhlak, rohani dan jasmani. Pendidikan duniawi pun sama penting. Sama-rata. In fact, the education started before the baby is born. Whatever yang kita buat di dunia semuanya adalah bekalan kita ke akhirat.

Semua ini memerlukan kesungguhan dan kerjasama. Nothing is impossible. Apa pun yang berlaku di luar sana, saya pasti semuanya bermula dari rumah. Kalau kita bersatu tak mustahil keluarga kita sejahtera dunia dan akhirat.

Ini hanyalah sekadar coretan dan peringatan buat diri saya sendiri. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari khususnya bab-bab mendidik anak² dari segi Islam dan banyak lagi yang perlu saya baiki. I may be not the best, but i'll make sure that i will always be better. InsyaAllah.

Ustaz tu siap pesan suruh berzakat untuk dapat keberkatan. Mentang²lah dari ppz. Hehehe ;)

notes: saya sangat berharap satu masa nanti kami dapat berjemaah bersama² di rumah walaupun hanya pada hujung minggu...

3 comments:

yurn said...

tq for sharing.. "yang kita buat di dunia semuanya adalah bekalan kita ke akhirat".. nawaitu dari awal penting.. memang sangat mencabar jadi parents 2st century ni..

rajinnyer ko meng-itallic kan wording english:P ni format leh publish terus masuk mags..

eZa said...

rika: indeed. sguh challenging! :)

kalau dah byk sgt words nye aku malas nk italic. tgk kerajinan. hehehe :P

@tune® said...

anak adalah anugerah paling bermakna