Wednesday, June 10, 2009

Kuah kacang foul pol

Semalam main masak-masak bersama si *tut* (nama dirahsiakan atas permintaan walaupun pasti ada yang dapat meneka siapakah gerangannya :P). Setelah beberapa kali kuciwa tak dapat makan hidangan kacang pol di bugis street, maka kami telah meng'invent' resipi kuah kacang pol ala kami. Hahaha. Tengok je resepi online, akhirnya cuma main campak-campak sesuka hati kami ajo :P Tapi rasanya tetap sedap, kalah chili di wendy's dan kuah kacang pol di bugis street :P

Ini antara bahan-bahan yang digunakan. Kakak kata memang ada kacang pol nih. Tapi kami tak peduli, pakai je baked bean. Hahaha. Sepatutnya letak black pepper je, tapi kami campakkan jugak jintan dan macam-macam lagi. Dan kami guna minced chicken instead of minced meat ;)

Oh oh! Kami terlupa pasal cili blend, sudahnya tumis tempat lain dan masukkan je dalam kuah tuh. Pe daa, tak pro langsung! :P

Memang kuah ni orang makan dengan roti. Tak kira lah roti arab atau roti gardenia. Tapi kami dengan tamaknya rebus jugak macaroni dan spegeti. Sedap jugak! ;) Oh, tak lupa juga telo mata kebau untuk melengkapkan hidangan saya (si *tut* tak makan telo, rugi!:P)

Haa meriahkan? Bestnya kalau hari-hari dapat makan macam ni. Resepi berbeza tanpa nasi (konon) tapi tetap berkalori tinggi. Hahaha :P First round makan dengan macaroni dan spegeti. Second round dengan roti fuji dari tesco. Yummy! Sungguh mengenyangkan lah kuah ni. Mungkin sebab baked bean lah agaknya. Semangkuk tuh kami habiskan. Tak kisah sebab ada seperiuk lagi kat atas dapo. Hahaha. Tak cukup konon. Hamik ko! Sampai ke breakfast pagi tadi dok pulun. Tapi takpe, sebab sodap! Yang best, Nadhirah loves it very much! Nawfal? As usual, dilarikan pak & mak long nya. So tak sempat lah nak merasa ;)

Tak lengkap kalau takde hidangan kalori tinggi. Kali nih kami pilih snacks ber'cheese' dan aiskrim neopolitan, dimakan bersama kon aiskrim dan quaker square (oi! aku dah jatuh chenta ngan benda alah tuh. blame you! nnt jgn lupa borong untuk aku skali! :P)

Lepas ni boleh masak-masak lagi. Dah tau kurang lebihnya. Lain kali adjust la mana patut. Tapi yang nih pon dah ok. Jangan bising-bising lagi nak kacang pol. Sila lah masak sendiri ye :P

notes: ms lola, rasenye mcm penah nmpk entry kacang pol kt blog u. in case u read this, leh share resepi tak? ;)


4 comments:

Nurmala Mazlan said...

bole plak main masak2 eh kak..ahaha

Ms Lola said...

Mmg ada buat dulu.

Pi kat sini http://lolalempicka.blogspot.com/search?q=Kacang+phool

@tune® said...

sungguh pelbagai!!!

eZa said...

ms lola: thanx for sharing ;)