Friday, November 20, 2009

Sudah pulang bah

Dah selamat sampai malam tadi. Landing at 9pm. Harini cuti. Hah! Penat! Tengok pulak keadaan rumah dan orang rumah, wah, lagi penat! Back to normal, struggling with all the never ending chores and hassles... Welcome back, eZa!

Saya tiada cerita buat masa ini. Meh la cuci mata dulu sementara ini.

ini luggage baru saya. rm6. sikit pun tak mahu kurang
penuh dengan ikan bilis, ikan masin, udang kering dan kuih cincin

gambar ini adalah hiasan semata
saje nak bagi silau mata

yang ini pulak mutiara air masin
dibeli oleh colleague saya sebagai perhiasan di hari bahagianya nanti
cantik!

Dan ini bilik saya pada malam kedua. Kocik ya hamat! Sebelah kanan tuh toilet, then terus ke katil queen. No dressing table what-so-ever tapi tv plasma lah. Cermin solek besar, melekat kat pintu toilet yang ala pintu jepun, sliding. Nice. Duduk sorang memang okay lah sangat. Selesa. Kalau berdua, sendat. Bagi yang honeymoon sesuwei lah sebab tak payah ruang besar, kan memang nak melekap saja. Cititel Express, baru 3 bulan siap. Sejibik style tune hotel di lcct.

Ini pengalaman pertama saya ke lcct di klia dan kkia. Pandangan saya, macam gudang pun ada. Sesak. Tapi mana-mana pergi pun memang gini lah persekitaran budget flight terminal. Heathrow airport lagi teruk. Tapi tak tahu lah sekarang. Dah baru. Yang kat atas tuh gambar di terminal 2, kkia. As usual, flight delay. Supposed depart at 6.05pm, tapi delay ke 6.20pm. Take off 6.40pm, arrival time 9pm. Smooth flying walaupun hujan lebat. Syukur. Sampai sudah...

p/s: thanx babe for fetching me up! ;)

2 comments:

Nurmala Mazlan said...

selamat kembali..
hahahaha

udinho said...

HEhehe.. angel amik gambar itu yang nampak kecik kot... ehehhee