Sunday, December 27, 2009

Selamat Bertunang!

Sabtu, 26 Dis 2009
Melihatkan kepada persekitaran kenduri dah macam kenduri kawen. Tapi sebenarnya kenduri bertunang saja. Orang kampung pun konpius kot tengok khemah scallop dan pelamin bagai. Itu sebab bagi sumbangan pada MIL saya. Alahai, serba-salah kami dibuatnya. Amik yo lah mak, orang dah bagi ;)

zaman you all kawen tah macam mana la pulak kaedahnya nak oi

bride-to-be in 4 month time
semoga selamat semuanya hingga ke tarikh keramat ;)

Dalam suka-suka tuh terselit lah jugak cerita lawak antarabangsa duka. The-groom-to-be tengah warded pasal cincin tunang yang disarungkan ketat melampau sampai biru, bengkak jari manisnya. Beli cincin sendiri-sendiri, tak ukur. Dah tak boleh masuk, excited punye pasal ditolak jugak kasi masuk betul-betul, elok mengcengkam jari. Pi hospital doktor dah try habis ikhtiar nak bagi keluar, tapi tak berjaya. Siap pulak bomba satu town datang hospital nak cuba potong cincin tuh. Gagal jugak. Last choice, kena buat operation jari kat jari tuh. Jangan tanya macam mana, saya sendiri tak dapat bayang. Haish! Ngeri lah dengar. Macam-macam hal. Hope semua okay la lepas nih. Anggap lah tuh dugaan kecil aje. Jangan kalut. Nanti boleh lah buat novel ;P

p/s: tak dan nak potong anniversary cake bagai. en hubby pun baru je landing...

3 comments:

Aida said...

hah .. betul ke eza ?? makkk aiii .. taku lak aku baca beb .. tak dapat nak dibayangkan mcm mana lah perasaan bakal pengantin tu kan ..

gadiselatan said...

ish..ngerinya..ann penah luka tangan disebabkan cincin nih..bisa berbisa tau...takut nak bayangkan...

m-i-o said...

hah? biar betul!

tak pernah sangka pulak benda kecik macam hal cincin tak muat pun bleh sampai kerat2 jari. fuh. saspenss!