Friday, January 29, 2010

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Saya dapat tahu kes ni dari kawan saya sehari selepas kejadian. Tak sangka boleh jadi pada orang yang saya kenal. Dia senior saya setahun. Orangnya baik hati, lemah lembut dan disenangi. Saya tahu dia dah kawen tapi saya tak tahu siapa suaminya. Sehinggalah kes ini baru saya tahu semuanya. Saya keluar sekolah masa form 4. So saya tak tahu lah budak² baru lepas tahun 1996. Ikut cerita suami dia pernah sekolah sama dengan kami. Orangnya ada darah Indo dan sejak kawen memang asyik buat perangai dan hanya menyusahkan hidup isterinya. Masa mengandung pun kena sepak terajang.

Tujuan si suami melarikan anaknya adalah hanya untuk menyakiti hati isterinya sendiri. Nak buat sengsara. Kalau orang fikir waras takkan buat begitu pada baby yang baru berusia setahun 5 bulan. Masih menyusu badan dan memang tak rapat dengan daddy nya sendiri. Saya tak dapat bayangkan macam mana keadaan baby tu... Menangis ke, makan ke, minum ke, sihat ke, haish! Macam² dalam kepala :'( Sebagai ibu saya rasa keperitan senior saya tu. Sedangkan saya outstation hanya untuk beberapa hari hati dah gundah-gulana rindukan anak² saya. Itu masih lagi saya tahu kebajikan, duduk, letak anak² saya. Yang ni? Tak tahu bagaimana nasib anak sendiri. Sedih!

Saya kasihankan ibu dan anak itu. Kerana masalah orang dewasa, anak jadi mangsa. Saya tak tahu apa sebenarnya masalah mereka. Tapi saya harap baby Hana sihat dan dapat pulang kepangkuan ibunya dalam keadaan baik dengan segera. Kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui keluarga suspek, tolong lah bantu. Rayu lah dia pulangkan baby Hana. Please!

Lagi berita di FB - http://facebook.com/farah shamsuddin.

p/s: tengok gambar cctv masa kejadian di fb. saya rasa sakit hati dengan rakyat malaysia. kenapa tiada siapa yang membantu? prihatin pada benda² yang tidak sepatutnya, hah! memang handal!

4 comments:

mazzuana said...

Eza, rasa cam tau je sapa farah shamsuddin tu....dah senior ko tentu la senior aku gak ek...heheheh

rika said...

eh bukan dia dulu masuk nona ke?

paNavia said...

ni yang kat mcdonalds tu ke..
hari tu ada tertengok kat wanita hari ini.. memang kesian sgt.. tak boleh imagine mcm mana anak dia sekarang.. dah la menyusu badan..

Xsabians95 said...

satu kelas dgn aku budak nih...perangai dari sekolah memang takde hati perut...terbawak bawak sampai kawin...tapi pelik lah kenapa kakak dia zuraini tak advice...sbb mmg dia sekelas dulu....dunia dunia