Thursday, May 13, 2010

UV-Blocker Umbrella

Tengahari tadi, masa tengah berjalan ke AM untuk menapau subway. Adalah dua orang budak perempuan melayu seksi berjalan di belakang. Agaknya dia hangin dengan saya pasal saya pakai payung, so susah dia nak potong jalan. Tiba² dia keluarkan statement berbunyi lebih kurang begini;

minah a: weh, ko tau tak sebenarnya kalau pakai payung plastik lagi senang kena skin cancer
minah b: knapa pulak?
minah a: ye lah, cahaya matahari kena kat plastik payung tuh, then kena dekat kulit kita. lagi teruk tau!
minah b: abih tuh nak pakai payung camana?
minah a: payung kain...

Ada eh payung kain? Dalam hati saya bercakap lah jugak, eh minah, awak lagi teruk kena direct sunlight. Lagi senang skin cancer. At least saya ada lah jugak sikit protection even pakai payung plastik! Hehehe ;P

So tanpa berlengah saya pun google la pasal nak carik kebenaran kata² minah tadi. Rata² semua artikel yang saya baca takde pulak kata pakai payung boleh buat cancer kulit lagi dasyat. Cumanya terlindung lah sikit dari UV even percentage dia takde lah banyak mana. Tapi tetap ada protection kan?

Google punya google jumpa pulak ni - UV-Blocker Umbrella. Kat US lah pulak. Kat Malaysia takde ke? Kat web tuh kata, Highest 55+ UPF rating keeps you up to 15 degrees cooler in the strongest sunlight. NOT AVAILABLE WITH OTHER UMBRELLAS ON THE MARKET! So tak sama lah dengan payung ultraviolet yang biasa² dalam market tuh? Cikai sikit lah kot eh? Takde cooler macam yang ori tuh. Dan saya juga terbaca artikel ini. Bila nya nak hangat di pasaran nih? Dengan cuaca panas yang extravaganza nih, selagi boleh protect, kita protect lah. Pakai UV lotion? Mak tak sempat nyah! Pepagi siap terus keluar rumah kejar tren ;)

So sementara nak tunggu malaysia punya uv-blocker umbrella siap, pakai je lah mana ada dulu.

Tapi saya teringin yang macam ni;

Well, saya ada jugak yang lebih kurang macam tu. Hampir² sama rupa. Tapi kalau kena tiup angin kencang, kompem menguncup ke atas! Hehehe. Less stability in high winds! ;)

:P

3 comments:

~tinie~ said...

moral of the story mory, jgn pki seksi2, pki iljab tutup cover sume muke tinggalkn mata jer takot tak nmpk jln ler plak ...;p ......

Aida said...

aku rasa minah tu saja je sbb nak overtake kau tak bley .. jadinya dia buat lah statement ala² dr house gitu .. huahuahua

Luvly Me said...

If I'm not mistaken payung Esprit ada UV protection. Check it out :)