Adeh... Menguji kesabaran sungguh la imegresen oi! Since yesterday afternoon tak settle². Semalam dengan konfidennya amik half day petang pi yang kat sri rampai tuh. Sekali pi kaunter, "maaf cik, nombor harini dah habis!". Jam dah kol 3, tak dan la nak ke mana lagi. Then dia bagi address yang kat putrajaya, dia suggest kitorang pi sana lah. So plan pagi² nak pegi lah. Sure ada yang tanya, kenapa pergi dah last minute nak cuti dah kan? Aterrr, plan nya pun last minute! Redha yo lah! ;) Nasib baik perut kecik lagi, kalau tak mahu dah terberanak :P
Pagi ni around 8.30 we all sampai sri rampai tengok, tengok... Wahhhhh! Ramainya orang beratur! Sampai luar pintu, bawah tangga okay! So decided pegi putrajaya lah kan. Address yang dia bagi semalam memang dekat percint 2 (HQ). Parking sikit punya jauh. Bawak bebudak lagi kan. So masuk² jek tengok lengang! Best! Best! Tapi sebab apa lengang??? Sebab passport skang kena buat dekat percint 15! WTH?! Orang dia sendiri bagi address salah. Tak update each other ke kata dah tukar tempat?! Eii! Off we go to percint 15 pulak.
Chancellery Place nama building tuh. Tak sesuai betul buat kat situ. Tempat kecik gila! Pack! Dengan bebudak tak breakfast, kalau dah lapar tau je lah kan macam mana. Sib baik ada small kiosk. Dapat lah beli snacks, alas perut.
Apa² pun syukur lah proses just within 2 hours jek. Yang kaunter collect form semua tuh, mamat tuh baik jek, cool jek. Anak² saya lah kot paling havoc kat kaunter. Sedap sikit hati bila mamat tuh kata, "biasa lah tuh kak. ni kira aktiviti keluarga jugak nih...". Iyo lah dik! ;) Setel bayar semua, tengok resit suruh kutip esok(?)(!) Tak puas hati en hubby pi tanya kat kaunter. Minah kaunter yang garang tuh pun jawab, "Tak! tak! Sejam lagi siap! Sejam!". Hahaha. Kalau kena kat saya, mau melentingkan tapi kena kat en hubby, dia cool sokmo lah ;P
Around 12 setel semua. Dan ini lah dia passport kami anak-beranak. Bak kata en hubby, "apa lah mencabar sangat nak renew passport you all nih...". Hahaha! ;P
muka nadhirah sebijik muka saya masa kecik ;)
3 comments:
sangat cute kan .. dan happy holiday .. paling penting, Selamat Hari Raya Aidilfitri .. :)
wahh mahu berjalan jauh kah.. selamat hari raya eza:P
patut immigresen ken abuat kaunter khas tuk kanak-kanak siap dgn playcentre and breastfeeding room kan
Post a Comment