Wednesday, November 30, 2011

Worded Wednesday (Belanjawan Berhemah)

Kau mahu
Dan kau mampu
Tapi tak perlu
...: sabarlah dulu

Kau mahu
Tapi tak mampu
Dan tak perlu
...: biarlah di situ

Kau mahu
Tapi tak mampu
Tapi kau perlu
...: lakukan lah sesuatu

Kau mahu
Dan kau mampu
Dan kau perlu
...: dapatkan lah satu

Kau tak mahu
Tapi kau mampu
Dan kau perlu
...: jangan ragu-ragu

Kau tak mahu
Dan tak mampu
Tapi kau perlu
...: mintalah dibantu

Kau tak mahu
Tapi kau mampu
Tapi tak perlu
...: tutuplah saku

Kau tak mahu
Dan tak mampu
Dan tak perlu
...: nafsu pun buat tak tahu

Mahu, mampu, dan perlu
Ditimbang oleh keutamaan
Dahulukan yang lebih utama

- nukilan: muhamad amin syahmi -

Sent by eZa @ BlackBerry®

No comments: