Thursday, July 16, 2009

Hari ini hari tidak berbelanja, anda tahu?

Atau soalan saya sepatutnya berbunyi begini, adakah anda mampu (untuk tidak berbelanja walau sehari)? ;)

Kalau anda nak tahu, hari ini 16 Julai 2009, telah diistiharkan sebagai "Buy Nothing Day" oleh FOMCA.

Bagaimana anda boleh menjayakan program ini? Antaranya (yang saya pasti saya tak dapat nak patuhi):
  1. Tinggalkan semua wang, kad bank dan kad kredit anda di rumah; (kalau ada kecemasan berlaku macam mana?)
  2. Jauhkan diri anda daripada kedai-kedai; (makin kau jauh, makin aku dekat! huhuhu)
  3. Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda; (hehehe ada sape² nak buat sistem barter dengan saya tak?)
Mencabar kewibawaan sungguh kempen ni. Tapi satu ini je yang saya rasa memang saya mampu lakukan sepenuhnya;
  • Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka; (*wink*)
Oleh itu kawan², sahutlah cabaran ini semampu anda. Nak tahu lagi tips untuk tidak berbelanja? Tengok sini. Saya rasa lah kan, kalau saya tak berbelanja harini, sure lah saya akan berbelanja 2x ganda keesokkan harinya. Percayalah! :P

Tips² yang diberikan memang macam tak masuk akal, kelakar pun ada. Tapi kalau kita amalkan, sesuatu perkara yang kecil yang kita lakukan boleh membawa perubahan yang besar! (easy said, hardly done, no?)

Berbelanja lah ikut keperluan, bukan ikut kemahuan! (peringatan untuk diri saya sendiri kerana saya memang mario-bros boros!) ;)

Selamat TIDAK berbelanja! :)

notes: orang kata, bulan puasa bulan jimat tapi saya rasa bulan puasa adalah bulan membazir. rasa satu PARAM nak dibelinya :P

8 comments:

MN said...

no 1 & 3, i tak sanggup nak buat. :)

miszrLina said...

muahhahah...

aku rasa kan... ko mmg xleh folo kempen nih. apetah lagi aku. haha

klu arini x shopping, esok sure 2x ganda shopping. so mna satu nak ikut?

apa pon..berbelanja dengan hemah n bijak!

Ms Lola said...

Ala...dah terbeli barang kat pasar tadi....

eZa said...

MN: aah. xleh commit lah. hehehe :P

ina: jgn ikut nafsu, bleh? ;)

ML: dah 'ter', nk buek camno laie... masak pe plak harinih? ;)

~tinie~ said...

adus ...aku buat masa nie tak leh nak follw ......krn shoping holic .....baru jer menular dlm diri nie ...adus .....;p

Ziana said...

erks..
sorry sesgt FOMCA..
sbb...

1- saya tatau pon kempen nih wujud..
2- saya mmg yakin (seyakinnye) saya x mampu ikot rules yg di tetapkan..
3- saya same seperti Tinie.. shoppaholic!!
4- im super duper mario-bros jugak!!
5- tuan pny blog always hasut saya.. khecingg!!FOODS!! FOODS!! FOODS!!
(muhahahaha)
6- im driving.. so mane leh tgglkan duit n atm2 kat umah.. if xciden or emergency?? FOMCA mai nenonenoneno... tlg byr kan dulu?? (thanks Fomca!!) <-- ok x alasan nih? :P

heh!
secara jujur nye..
im-not-into-this!!

but x salagh if nak try kan??
(ayat amik ati...)
so... anyone wanna system barter wif me? baju? kasot?hbag? perfume?
:P

@xiM said...

boleh nak menjayakan kempen ni tapi jangan lah sampai semua dokumen penting tiggal..in case of emergency macam mana..

tepuk dada tanya lah selera..

*dah terbeli megi sup tadi..huhu

eZa said...

tinie: cukop2 la tuh kaye kan sogo! hahaha ;)

zie: aku jugak yg salah?! ceh! :P

@xim: 'ter' jugak eh? xleh salahkan kite la kan.. bende nih x expose sgt pon kan? ;)