Wednesday, July 29, 2009

[No title]

'One is grieving for the sudden death of her one week old baby...'

Saat ini saya masih lagi tertanya² bagaimana perkara yang terjadi pada sepupu saya boleh berlaku. Nak google pun saya tak tau nak letak keyword apa. Saya rasa saya patut share dengan you all sume, kot² you all ada explaination on this. Meh saya ceritakan...

Due date dia suppose to be on 6th August tapi doktor nasihatkan c-sec dibuat 2 minggu awal. Anak pertama dia dah nak masuk 6 tahun, normal delivery. Lepas 5 tahun dapat pulak yang second, c-sec. Selang dua bulan je dia kosong, lepas tu dia terus conceive the 3rd one. Teruk jugak kena marah dengan doktor sebab memang risk pregnancy dia kali ni. Banyak possibilities and risks yang dia kena tanggung, mungkin sebab gap terlalu dekat dan impact c-sec sebelum tu. Dah rezeki, dia teruskan jugak lah kan. Hoping and praying for the best, that's all she can do.

A week before c-sec tuh dia buat regular check up kat hospital tuh. Doktor kata semua OK. Baby pon sihat sangat and ready dah nak dikeluarkan. Selang sehari after the check up she felt something is not right. Then terus rush back to the hospital.

Part ni yang memang saya musykil sangat². Bila doktor check tengok rahim dia dah pecah (menegak?) and air ketuban sampai dah keluar ikut mulut, membuak². Pahit sungguh dia kata. Dalam dah kelam-kabut tuh, doktor terus hantar dia masuk OT, the baby must be taken out ASAP. Dah belah perut, doktor carik² baby tak jumpa. Dia dah takde kat tempat sepatutnya. Maybe dah moved to other side of the womb. Dia dah terpisah dari uri. Ya Allah, tak dapat saya bayangkan kejadian nih. 1st time saya dengar perkara macam ni berlaku. The doc finally found the baby, but he was not in good condition. There was no sound of baby crying at all. Sepupu saya cerita memang havoc sungguh dalam OT tuh. Dah bersih² kan baby terus masuk NICU, wayar² sane sini. While the baby is taken care of by the paeds, sepupu saya diberitahu pulak yang rahimnya terpaksa dibuang sebab dah damage. No more pregnancy for her after this, ever :'(

Baby memang takde improvement langsung selepas seminggu. Hati dia tak berfungsi, jantung pulak lemah sangat². After discussion is made, they agreed to let the baby go, nothing else can be done to safe him. The support machine is unplugged and they slowly watched him rest in peace, sampai lah tiada denyut nadi lagi. Arwah pergi dengan amat aman, macam tengah tidur je kata sepupu saya. Sedihnya saya dengar, sampai sekarang kalau teringat sebak rasa hati. Perasaan sepupu saya dan suaminya apatah lagi... :'(

Besar sungguh dugaan yang Allah bagi pada mereka. Tapi apa pun, yang pasti, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sekurang²nya sepupu saya sudah ada tiket untuk ke syurga, si comel dah tunggu depan pintu syurga. InsyaAllah. Dan Allah dah berikan dia 2 zuriat sebelumnya, amanah dan rezeki yang sangat berharga. Memang sudah tertulis... Allahuakbar!

:'(

notes: has anyone heard of this kind of story?

11 comments:

Umi Nawfal.. said...

saya tak penah denga lagi cite cam ni, and curious jugak nak tau..

Ms Lola said...

*Sedih* :(

Tak pernah dgr lagi kes mcm ni

Mama Adib said...

*sedih* and seriau huhuhu

yurn said...

menitik air mata dibuatnya.
cant imagine her feelings.

Ziana said...

pg td bukak entry nih..
x sanggup nak baca smpi habis..
sedih nyer..

yup.. as u said..
mmg dh tertulis!!
DIA sgt adil..
ur cousin diuji after got sepasang kiddos...

hope she's strong and all family members give full support!!

Mrs Zamzuri said...

Aku rasa sayu jek baca entry nih. Nak menitik airmata.

Setiap manusia di bumi Allah ini tidak pernah lepas dari ujian-Nya.

Itu tandanya Tuhan tuh sayangkan kita.

eZa said...

umi nawfal: saya pun curious nak tau. still tgh google lagi. sure ade scientifically explanation on this kan?

ML: sob! sob! :(

mamaadib: take care & happy pregnancy ;)

yurn: tak dapat bayangkan lah... isk! :'(

zie: she's strong, tapi takes time to heal...

qimie: semua yg jadi ade hikmahnye kan?

gadiselatan said...

sedihnyer..besar lg ujian sepupu awk klu nk dibndingkn dgn ann..ann xpernah dgr kes camnih...takziah kt sepupu awak yer eza...

eZa said...

ann: kalau kite rase kite susah, ade lagi org lagi susah dari kite. lagi hebat dugaan yang diorg terima berbanding kite...

don't give up! chaiyo! ;)

zeti said...

x penah dgr lg kes ni.. mmg menyedihkan, tp arwah baby da tggu kat pntu syurga.. semoga kazen ko tabah hadapi ujian yg Allah berikan ni..

mazzuana said...

tak penah dengar kes camni...kalau rahim terbalik masa tak de baby penah la dengar...