Monday, August 3, 2009

As usual, dah takde baru terase

Sabtu lepas tengok majalah3 pasal pewarisan yasmin ahmad. Tak dinafikan karya dia memang best tapi kesian tak diiktiraf di negara sendiri. Filem-filem dia are all relections of her real life and represents malaysian amnya, true facts not stereotype. Semangat 1Malaysia yang baru hangat diperkatakan sekarang sebenarnya dah lama ditunjukkan oleh yasmin dalam iklan-iklannya. Betul tak? Itu lah uniknya yasmin ahmad.

Tapi apa yang paling terkesan pada saya bila tengok M3 tu ialah cara dia melayan parents dia, macam mana dia behave as a child yang sangat memuliakan ibubapanya. Apa saja yang dia buat parents comes first sebab dia percaya syurga di bawah tapak kaki ibu. Tak pernah sakitkan hati mak bapak. Murninya hati dia. Buat saya terfikir apa kualiti yang saya ada sebagai seorang anak sepanjang saya hidup. Teruknya saya rasa. Berapa kali sangatlah saya membahagiakan hati mak abah saya berbanding saya sakiti hati mereka... She's really one in a million.

What goes around comes around. Apa yang dah kita buat pada parents kita itu jugaklah yang akan kita rasa suatu hari nanti. Macam mana kita threat anak-anak, macam tu la nanti dia akan threat kita. Hukum alam. Saya bukan tak tahu pasal hukum ni, tapi selalu saja sambil lewa dan yang paling tak best, dah buat baru nak rasa menyesal. And sometimes apa yang kita rasa baik untuk kita tak semestinya yang terbaik kan? Apa yang saya harap bukan lah untuk menjadi the best, jauh sekali nak menjadi seorang yang bernama Yasmin Ahmad, but it's good enough if i can be a better person.

Al-fatihah.

4 comments:

Ziana said...

bile tgk dia...
sgt mulia hatinya kan..
layanan pd kawan2 sekerja nye dh mcm family...

1Malaysia mmg dia dh lama terapkan..cuma kite sume x perasan..

Al-Fatihah buat arwah..
ameen!!

MN said...

i missed the show. adehhh...ada ulangan tak ek?

~ #TinieFabulous ~ said...

M3 show memang sy pon tgok gak ...and memang she love her parent too much sampikn 1st film "Rabun" adalah film brkisarkn her parent true story ....from the show M3 memang nmpk parent dier syg sgt kat yasmin. Tp sedih biler dengar memcm citer psl dier.and lagik sedih biler there are people don't like her becoz of the way dier make her film ...but for me itu adalah kreativiti memasing dan itulah cara dier memperkenalkn cara kehidupan malaysia ...... bukannya hipokrit....;p

m-i-o said...

"biarlah org tak suka filem saya asalkan ibu bapa saya bahagia tengok filem saya"

fuh, meruntun pilu hati mak mdengarnya nyah!