mama: papa, abang tak pakai pampers lagi tau. kalau i tertidur you tolong pakaikan lah ye
papa: ok...
mama: jangan lupa tau
papa: ok!
[mama pun tidur lah tak hengat dunia]
jam 3 pagi...
nawfal: papa, papa, papaaaa! abang dah basah
[mama dengar samar² je. malas nak amik port. sebab as usual, tembus la tuh]
papa: basah dah? ok up, papa tukarkan seluar and pampers
nawfal: abis dah tilam pun basah... mana abang nak tidur ni??
papa: ya Allah. papa lupa pakaikan abang pampers!
[mama terus terkesima dan terduduk bila dengar ayat²
mama: alamak... banjir!
[papa senyum blur]
Sabar mama, sabar. Jangan hot, biasa la tuh budak terkencing malam [ayat penyedap hati saya sendiri]. Papa pun mendukung anak bujangnya ke toilet. Balik dengan sebuah baldi, air dan towel. Mama siapkan si anak bujang dan selepas itu bermula lah episod cuci-mencuci dan lap-mengelap serta sembur-menyembur febreez anti-bacterial nan harum di tempat kejadian. Sesi tamat pada pukul 3.30 pagi. Siap boleh tidur semula. Nasib baik tak terlajak waktu imsak.
Itu lah al-kisah banjir jam 3 pagi. Rasa geli hati pun ada. Dan saya bangga jugak dengan anak bujang saya sebab dari pukul 8 malam, itu lah baru sekali dia kencing. Ermm ada chance la potty training malam² pulak ni. Tapi itu lah, mama belum ready la nak... Kita kayuh pelan-pelan lah ok.
Itu lah episod dan pengalaman pertama 'banjir' kami. Lepas ni kalau memang dah 100% diaperless, banyak lagi episod² yang bakal ke udara kelak. Just be prepared Eza! ;)

Abang dah besarkan mama? Power rangers pun tak pakai pampers kan masa sleep? Sempat lagi dia bertanya sebelum tidur. Alahai anak mama. Iyo lah nak :P
1 comment:
hehehehe...
tang potty training tuh yg tatahan tuh...
mau nye ko tedoq
:P
Post a Comment