Saturday, April 3, 2010

Bukan jiwa, tapi dah terpaksa

Entah lah. Memang dari azali saya memang tak suka gardening. Rimas kalau banyak sangat pokok bunga kat rumah. Kalau tengok rumah orang lain yang kononnya suka kehijau-hijauan, bagi saya hanya semak! Kalau dah rimbun sangat, landscape tah ke mana, eii! Rimas! Kalau bab mengubah bunga pulak, saya memang kayu. Dan saya jenis tak suka banyak sangat bunga palsu dalam umah. Semak! Tah hape punye mate, saye pun tak tahu.

Al-kisahnya... Kan babah saya baru lepas operate mata kan. Dia tak boleh lasak-lasak sangat at least in 2 weeks. Dia memang suka berkebun. Macam-macam pokok, pokok bunga, pokok menjalar, you name it, penuh sekeliling rumah, luar dan dalam pagar. Dia jaga betul pokok-pokok dia. Baja lah, trim lah, siram dah tentu lah kan. Haa ni dah seminggu dia tak berkemas kat luar rumah tuh. Bayangkan lah semak nye macam mana. Berbulu mata saya everytime balik keje. Ye lah, balik keje dah dekat magrib mane nak sempat menyapu, menyiram bagai kak non. Memang tak saba nak tunggu weekend. Nak kemas! Banyak betul daun-daun kering, bunga-bunga gugur. Itu belum lagi daun pokok ketapang sebarang jalan. Isk!

Lagi best, bukan sekadar bersih-bersih ground jek. Siap pulak kena masuk dalam longkang bagai. Ye, banyak daun-daun kering dalam tuh. Kang kalau tak sapu air tak mengalir pulak kan. Masa menyapu tuh, kalau ada plastik cikedis ke, plastik gula2, puntung rokok, kotak minuman ke, eiii! Menyumpah betul lah saya pada orang yang buang tuh. Takde civic minded langsung! Tu kalau anak saya tuh, dah kena titik dah tangan tuh.

Setakat nak menyapu, siram pokok bunga saya boleh lagi la. Tapi kalau nak suruh trim pokok2 tuh... Ya ampun lah ye. Sori la bah. Den tak reti lah! Kesian saye tengok pokok2 tuh. Dah macam nak mati jek semua. Kuning2 dah daun. Yang menjalar2 pulak, dah tak tentu arah haluannya. Dah takde orang nak belai2. Nasib baik jugak sekarang petang2 hujan. Kalau tak?? Sabar lah ye pokok2, tuan tengah berehat. For meantime tuan kecik take over. So takde maknenye korang nak manje2 ;P

Dah biasa kemas, bersih je rumah babah jage. Semua ni buat saye berfikir. Ini baru babah saye tak sihat. Kalau dia dah takde? Hilang lah seri rumah ni...

p/s: ikut hati mahu je saye 'clear' kan bunga2 tepi longkang tuh. hahaha. mahu heart attack orang tua tuh kang! :P

2 comments:

gadiselatan said...

hehehe...samela kiter, ayah suker berkebun..anak??hampeh..tak sabar...

Ziana said...

oits...!!
bebuat laa ade bakat skit..

ape yg ko suke..?
mkn mkn mkn :P
hahahaha..