Thursday, June 10, 2010

Anak bujang mama ke nih?!

Tak tahu lah apa puncanya. Selasa lepas masa lunch hour tetiba dapat call dari nursery. Saya kalau nampak je tertera nama nursery tuh dah rasa satu macam lah kan. Kalau takde hal, takkan teacher bebudak nih nak call kan. Dalam hati doa hope nothing serious happen to the kids.

me: assalammualaikum
teacher: waalaikumsalam. ni lah nawfal bangun tidur tadi dia menangis. ingatkan mengigau. tengok² badan dia naik macam gegata. bengkak2...
me: (inhale, exhale) ok kak, macam ni. akak ada uphamol syrup tak? ubat demam tu. tolong bagi kat dia dulu sementara saya on the way nak balik ni
teacher: ubat demam tuh? (macam pelik sebab maybe dia fikir anak saya tak demam, buat apa nak bagi ubat demam)
me: haah. bagi dia kurang gatal, tahan sakit
teacher: ohhh, ok...

Saya pun siap² berdesup lah balik nak amik dia kat nursery then cecepat nak bawak dia ke klinik. Alergik ni bukan boleh buat memain. Silap haribulan, boleh bawak maut! Sampai nursery dia pun keluar, saya tanya what happen abang? Dia just sengih. Lepas tuh saya gelak besar. Boleh? Tak boleh tahan tengok lips dia yang membengkak tuh. Hahaha! Hampeh punya mama! ;P

nadhirah pun kata abang tak hensem dah ;P
kesian, tapi kelakar lah abang. hehehe. oops! sorry! ;P

Doctor kata kalau rupa alergik yang macam ni most probably sebab benda yang kita makan. Tapi saya tanya jugak teacher dia apa yang dia makan before nap. Nothing unusual. Just benda² biasa lah yang dia selalu makan. So banyak lah possibility nya kan, which I can't think of one pun. Susah nak jangka sebab jadi bukan depan mata saya.

Malam tuh memang dia tak boleh tidur. Miang badan la tuh. Terus gue salahkan doctor tuh punye ubat pasal tak power. Heh! :P Petang semalam bawak ke paed biasa dia tuh (masa nak bawak Selasa tuh, paed nih tutup, rest 2-6pm). Biasa lah bila dah trust dengan one doctor, apa dia cakap semua make sense and promising. Bila dah saiko, ubat pun mujarab lah kan. Hahaha :P

Malam tadi tidur dia lebih lena and this morning dah nampak better. Memang doc kata it'll take 3-5 days nak heal bebetul. Gatal akan still ada but not that bad lah. Patches merah² kat kaki dan tangan pun dah banyak kurang. Alhamdulillah... ;) For now, no seafood, no peanuts please! ;)

Tapi mama still trying to figure out, apa lah penyebab alergik awak ni eh?

4 comments:

Zety Zin said...

bila tengok gambar nampak macam gatal sesangat kat bahagian pergelangan tangan tu.

alhamdulillah dah ok.

anak saya pulak kalau makan cheese terlebih dose memang naik lah merah2 kat kulit.

Aida said...

sampai bibir pun tebal kan .. ori kan .. haha .. ciannn kat abg .. kalau kena kat dina, mmg jadi kudis lah dia garu gatal tu ..

no seafood and no eggs too ..

Ms Lola said...

adoiii nawfalll... siannya awak

@xiM said...

alergic seafood kot..