So dah puas ke korang makan lemang, ketupat, rendang, lodeh, segala? Hehehe. Me? Dah muak ler. Tak sanggup dah rasanya even nak tengok je pun. 2nd raya lagi saya dah request nasik campur lauk biasa kat MIL. Hehehe. Ada pulak gulai telur itik & ikan masin. Perghh! Layan! Eh, eh. Jap! Tajuk nak cerita pasal aktiviti raya sebenarnya. Dah ke cerita makan la pulak. Mukadimah la tuh ;)
A day before eid, we all dah balik Soghomban. This year turn sana. Next year? Yahoo! Turn kat KL! ;P Biasa² je lah rayanya pun. Tak berjalan sangat first raya tuh pasal maklong en hubby & her family balik Singapore. This year raya sana. So hilang arah lah we all. Just dok umah jek layan orang datang. Then malam first raya tu jugak balik KL dah. Nak packing sesiap ke Singapore 3rd raya. Sungguh la kemalasan nak packing bagai. Raya nih mood ke laut sungguh lah. Kalau tak sebab anak² mau la mamanya ni dok terperuk jek kat rumah. Takde nak prepare apa². Mengenangkan 2 orang anak ini lah mama ada semangat sikit nak beraya ;)
pemangkin keceriaan hari raya :)
Tengok baju Nadhirah pun dah tau dah theme color this year caca marba. Nawfal memang baju melayu sedondon dengan papanya. Nadhirah punya tuh last minute carik kat jalan tar. Itu pun kazen saya yang tolong carikkan. tu yang kaler dia off gegile dari theme kaler. Striking! Aiyooo, maklong & paklong black. Hijau pucuk pisang pun tak tahu ke? Hehehe. Dah orang carikkan pun dah cukup bagus eh? Thank you lah ye! ;P Mama nya baju? Baju recycle jek. Takde hati nak menempah ke membeli. Pakai jek lah pe ada. Janji ada hijau pucuk pisang. Hehehe ;)
3rd raya sesubuh kitorang bertolak ke Singapore. Sampai sana around 11am gitu. Sempat lah jumpa maklong en hubby & family. Diorang checked out, kitorang pulak checked in kat rumah nenek kat teck whye tuh. Masa kat Singapore we all happy sebab our time & schedule memang occupied lah. Semua rumah dapat pergi and semua rumah jamu makan yang sedap²! :) Tapi masa pagi sampai² jek kat rumah nenek saya muntah secara hebat. Lepas tuh lega semacam. Tu yang makan kat sana heaven sangat rasanya. Hehehe. 2 hari tuh 5 rumah lah kitorang raya. From teck whye to marsiling to woodlands to orchard road to clementi west to jurong east, lastly to Soghomban balik ;P Memang pergi just untuk beraya lah, takde pun bersantai jalan² makan angin. InsyaAllah, nak pi lagi just for jalan² before deliver nanti ;) Yang best dan dan kat sana Nadhirah mintak durian. Atuk aie dia (hubby's uncle) memang kaki durian. Before balik singgah rumah dia kat jurong. Dia jamu durian. Pergghhh! Memang layan lah. Saya pun tak sedar diri membelasah durian yang sangat sedap itu. Sampai KL si kecik tuh mintak lagi la pulak durian. Suruh pi rumah atuk aie lagi nak makan durian. Alahai nak oi... Jauh tuh..! ;P
Semalam malam baru sampai KL. Penat badan. Harini dah keje pulak. Lengang & aman jek kat ofis nih. Kang tengahari nak pi melilau lah kejap. Sebulan lebih dah tak ke amcorp nun. Kalau tak, hari² mau ;P Alhamdulillah, my morning sickness has come to its end. Yippie! :) Makan pun dah semangat macam selalu. But then kena small intake tapi kerap lah. Kalau sekali rap, mau eden tak terlarat nak bangun dah :)
Bosan eh entry takde gambar? Raya ni memang sekeping gambar 2N tu je lah yang saya snap. Itu pun pakai bb jek. Ada kot dalam kamera SIL saya gambar we all satu family. Nanti lah mintak dengan dia. Mood raya dah takde, tapi mood cuti tetap ada nih. But what to do. Cuti dah takdo... Next event wedding kazen saya pulak 26th nih. So raya ni belah mak saya pun tak extreme jugak lah pasal ada event besar. Kebetulan same date dengan birthday si anak dara. Kek pun tak order lagi nih. Asal tanya nak kek apa, jawab dia nak kek ben10. Pengsan!
Til next entry yang tak tau lah bila bulan pulak. Take care folks! :)
p/s: takziah to sosilawati lawiya's family & to family yg lenlain tuh. such a tragic tragedy... al-fatihah...
No comments:
Post a Comment