Showing posts with label Raye. Show all posts
Showing posts with label Raye. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Cerita Raya Haji 2010

Dari kecil sampai la dah nak beranak 3, kemeriahan hari raya haji bagi saya takde mana lah sangat. Maybe sebab I'm a city girl kot *poyo gila statement*. Ye lah, kat kl ni kalau raya haji biasa² saja. *yang sakan indon² saja*. Takde pun istilah nak berbaju baru bagai. Pakai baju basahan ajo. Pepagi memang mak saya akan masak lauk raya lah - nasi himpit, kuah kacang, lodeh semua tuh. Solat raya pun yang selalu pergi babah je pun dan abang² saya. Then kitorang semua duduk rumah jek. Takde lah nak pegi bertandang ke rumah orang macam raya puasa. Pastu kang tengah lepak² tetiba ada orang bagi salam bagi daging korban. Hehehe. This was like 20 years back lah. Til now pun, gitu lah jugak. Simple. Just a-get-together session je for our family.

Bezanya since few years back, depan rumah saya ada tanah lapang. So aktiviti korban lembu dan kambing depa buat kat situ. Meriahnya ramai la penonton menyaksikan korban tuh esp the kids. Tak terkecuali anak² saya yang jakun itu. Last Tuesday anak bujang saya keluarkan statement yang buat saya rasa nak pengsan. Kejadian ni terjadi semasa para petugas tengah turunkan lembu dari lori... "Mama, elephant pun ada?!". *pengsan* City boy lah kata kan. *statement poyo lagi* Kalau jenjalan kawasan kampung penat nak betulkan mana yang betul lembu, kerbau and kambing. Kambing dikata baby lembu lah pulak. Konpius ye nak? :P

This year lagi lah kan. Cuti pun tengah minggu. Annual leave sudah yilek. So mood pun tarak mari. Mak saya sibuk² masak pun saya buat dek jek. Tapi time makan don't worry. Laju. Adalah tolong kemas² sikit. Kemas lah kan. Anak² saya pun yang buat sepah :P Nasib jugak anak² buah saya yang bujang² tuh ada kat rumah. So diorang lah yang melayan 2N. Saya just lepak tengok tv sambil tunggu kakak saya sampai bawak kek(s).

ini lah dia kek(s) yang ditunggu²
from left: sandwich cake, red velvet cake, brownies tak tau nama
heaven! ;)

Mak saya as usual buat kek buah kukus. Saya pun ada beli kek coklat rm10 dari lizajane. Moist. I like! Raya korban ni takde delivery charge. Saya amat menghargai pengorbanan anda! TQVM! :) Then ada jugak order biskut untuk kunyah². Biskut sarang semut :)

this was a last minute order
biskut sarang semut from amoi ;)

Al-kisah seminggu sebelum raya saya dah zikir kat telinga en hubby saya nak makan lemang and rendang yang dijual kat taman dagang. En hubby kata sabar, nanti dekat nak raya ada lah tuh. Tup tup sampai petang raya atap khemah gerai dia pun tak nampak. Pergi haji kah? Tiada rezeki saya di situ. Malam raya en hubby ronda bersama anak bujang carik lemang dan rendang ayam untuk mama tersayang yang tak habis² mengidam. Balik² anak bujang meluru masuk bilik bagitau, "mama, abang dah beli dah lomang mama!". Apa lagi teruja la mama kan. Sekali dengar en hubby berkata sambil senyum sinis, "jemput lah makan lemang dan rendang ayam awak 20 ringgit tuh". What??! Dah la rasa hampas! Isk! Tapi syukur lah, itu dah rezeki yang dah ditetapkan untuk saya. Oh, satu pelajaran pengajaran saya dapat lepas tak puas hati dengan rendang ayam mahal tuh. Jangan kutuk rezeki, sedap ke tak sedap pasal nanti Allah putus kan rezeki kita nanti. Gulp! Astagfirrullahhalazim! ;)

ini lah antara lauk raya masakan emak saya ;)

Plan memang tak nak balik seremban pasal fikir penat. Saya tak cuti esoknya, takut tak larat. Tapi bila en hubby keluarkan ayat manis "jom balik seremban 'kejap' nak?". Terus saya kata OK. Otomatik. Lepas zohor bertolak, pukul berapa balik? 10 malam! Kejap lah sangat kan ;P Rumah MIL lagi koboi. Takde masak² pa pe pun pasal malam raya rupanya ada kenduri arwah nenek mertua dekat kampung. So aktiviti kitorang? Biasa lah, jalan² carik makan. Hehehe ;)

Begitu lah sedikit-sebanyak cerita raya haji saya pada tahun ini. Yang best sebab ada takbir raya. Tapi pada saya hari raya korban bukan just untuk orang pergi haji atau orang yang buat korban. Korban adalah subjektif. Pepandai lah hayati ya ;)

p/s: gambar² semua saya cilok dari fb kakak saya dan juga amoi. harap maklum! ;)
p/p/s: should i consider a smart phone or a camera eh? ;)

Friday, September 17, 2010

I wonder why...

Dah 8 Syawal dah harini. Hari Jumaat, hari yang paling mulia di kalangan hari² lain. Still dalam bulan Syawal, tapi saya dah tak rasa pun mood raya. Cumanya raya² ni yang spesel dengan hidangan raya. Tapi itu pun tak raya masih lagi boleh dapat, kan? Dan satu lagi, it's time to get together with family, relatives and friends. Kalau bulan² lain dalam setahun tak jumpa, insyaAllah, raya mesti jumpa ;)

Yang paling saya suka raya² ni sebab ada takbir. Suka sangat dengar takbir raya. Dari malam raya memang tradisi rumah kami orang surau datang bertakbir. Rumah ke rumah. Rasa tenang jiwa dan raga. Rasa aman je rumah dengan takbir. Luckily this year kat rumah PIL ada takbir jugak. Seronok! Tapi tu lah, tak tahu lah kalau korang semua perasan ke tidak. Bila saya tanya kawan saya dan bagitau ketidakpuasan hati saya, dia pun setuju jugak. I wonder why kenapa this year tak banyak takbir raya kat tv and radio??? Pelik. Yang ada cerita hantu karut-marut lagi menyesatkan tuh. Apa ke hei nya entah raya² kasi siar cerita hantu. Tak masuk akal! Sampai dah menyampah nak tengok tv. Tambah bosan lah raya saya kan.

Anak² saya pulak sangat happy time² raya nih. Seronok sebab pakai baju² baru. Seronok dapat berjalan lebih sikit masa raya kan. Ramai orang datang rumah, ramai lah kawan dia nak bermain. Time tidur, makan pun entah ke mana. Main jek kerjanya. Tapi saya seronok bila tengok diorang happy :) Satu je saya terapkan kat anak² saya. Raya is not only about collecting duit raya! Asal jumpa orang mintak duit raya. Saya benci bila tengok ada kanak² yang macam tuh. Raya = duit raya (?)(!). Kena kumpul sehabis banyak. Pulun. Is that what the meaning of hari raya? Saya tak nafikan itu tradisi kita, nak meriahkan lagi suasana hari raya. Tapi tak perlu lah sampai nak meminta². Dan time² tuh jugak nak bukak sampul and tengok berapa orang bagi. Kalau banyak senyum lebar, kalau dapat sikit merungut depan tuan rumah. Kalau tuan rumah tak hulur sampul duit raya, boleh pulak questioning, duit raya takde ke? Amboi! Takde manners langsung! Pemberian duit raya tu satu pemberian ikhlas empunya diri. Tapi bila orang mula mempersoalkan kuantitinya, dah jadi satu bebanan la pulak kan? Sedikit mana pun isinya, sepatutnya kita gembira dan seharusnya bersyukur ;)

I wonder why... ;)

p/s: apa maksud 1malaysia? yang pasti, agama tak boleh disatukan! kita takde santa masa raya! ;)

Wednesday, September 15, 2010

Cerita raya

So dah puas ke korang makan lemang, ketupat, rendang, lodeh, segala? Hehehe. Me? Dah muak ler. Tak sanggup dah rasanya even nak tengok je pun. 2nd raya lagi saya dah request nasik campur lauk biasa kat MIL. Hehehe. Ada pulak gulai telur itik & ikan masin. Perghh! Layan! Eh, eh. Jap! Tajuk nak cerita pasal aktiviti raya sebenarnya. Dah ke cerita makan la pulak. Mukadimah la tuh ;)

A day before eid, we all dah balik Soghomban. This year turn sana. Next year? Yahoo! Turn kat KL! ;P Biasa² je lah rayanya pun. Tak berjalan sangat first raya tuh pasal maklong en hubby & her family balik Singapore. This year raya sana. So hilang arah lah we all. Just dok umah jek layan orang datang. Then malam first raya tu jugak balik KL dah. Nak packing sesiap ke Singapore 3rd raya. Sungguh la kemalasan nak packing bagai. Raya nih mood ke laut sungguh lah. Kalau tak sebab anak² mau la mamanya ni dok terperuk jek kat rumah. Takde nak prepare apa². Mengenangkan 2 orang anak ini lah mama ada semangat sikit nak beraya ;)

pemangkin keceriaan hari raya :)

Tengok baju Nadhirah pun dah tau dah theme color this year caca marba. Nawfal memang baju melayu sedondon dengan papanya. Nadhirah punya tuh last minute carik kat jalan tar. Itu pun kazen saya yang tolong carikkan. tu yang kaler dia off gegile dari theme kaler. Striking! Aiyooo, maklong & paklong black. Hijau pucuk pisang pun tak tahu ke? Hehehe. Dah orang carikkan pun dah cukup bagus eh? Thank you lah ye! ;P Mama nya baju? Baju recycle jek. Takde hati nak menempah ke membeli. Pakai jek lah pe ada. Janji ada hijau pucuk pisang. Hehehe ;)

3rd raya sesubuh kitorang bertolak ke Singapore. Sampai sana around 11am gitu. Sempat lah jumpa maklong en hubby & family. Diorang checked out, kitorang pulak checked in kat rumah nenek kat teck whye tuh. Masa kat Singapore we all happy sebab our time & schedule memang occupied lah. Semua rumah dapat pergi and semua rumah jamu makan yang sedap²! :) Tapi masa pagi sampai² jek kat rumah nenek saya muntah secara hebat. Lepas tuh lega semacam. Tu yang makan kat sana heaven sangat rasanya. Hehehe. 2 hari tuh 5 rumah lah kitorang raya. From teck whye to marsiling to woodlands to orchard road to clementi west to jurong east, lastly to Soghomban balik ;P Memang pergi just untuk beraya lah, takde pun bersantai jalan² makan angin. InsyaAllah, nak pi lagi just for jalan² before deliver nanti ;) Yang best dan dan kat sana Nadhirah mintak durian. Atuk aie dia (hubby's uncle) memang kaki durian. Before balik singgah rumah dia kat jurong. Dia jamu durian. Pergghhh! Memang layan lah. Saya pun tak sedar diri membelasah durian yang sangat sedap itu. Sampai KL si kecik tuh mintak lagi la pulak durian. Suruh pi rumah atuk aie lagi nak makan durian. Alahai nak oi... Jauh tuh..! ;P

Semalam malam baru sampai KL. Penat badan. Harini dah keje pulak. Lengang & aman jek kat ofis nih. Kang tengahari nak pi melilau lah kejap. Sebulan lebih dah tak ke amcorp nun. Kalau tak, hari² mau ;P Alhamdulillah, my morning sickness has come to its end. Yippie! :) Makan pun dah semangat macam selalu. But then kena small intake tapi kerap lah. Kalau sekali rap, mau eden tak terlarat nak bangun dah :)

Bosan eh entry takde gambar? Raya ni memang sekeping gambar 2N tu je lah yang saya snap. Itu pun pakai bb jek. Ada kot dalam kamera SIL saya gambar we all satu family. Nanti lah mintak dengan dia. Mood raya dah takde, tapi mood cuti tetap ada nih. But what to do. Cuti dah takdo... Next event wedding kazen saya pulak 26th nih. So raya ni belah mak saya pun tak extreme jugak lah pasal ada event besar. Kebetulan same date dengan birthday si anak dara. Kek pun tak order lagi nih. Asal tanya nak kek apa, jawab dia nak kek ben10. Pengsan!

Til next entry yang tak tau lah bila bulan pulak. Take care folks! :)

p/s: takziah to sosilawati lawiya's family & to family yg lenlain tuh. such a tragic tragedy... al-fatihah...

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

BERHATI² DI JALAN RAYA & JUGA DI MEJA MAKAN
;)

Friday, February 12, 2010

Happy CNY

Happy holiday to all Malaysian.
May you be bestowed with more wealth, luck & fortune.
Drive safely yo!

For now, enjoy the music vid.
2 is better than 1
;)



Friday, October 2, 2009

Perutku ketat

Alhamdulillah, bukan setakat kenyang. Bloated dah rasa perut nih. Isk! Dengan lemang, nasi himpit, mihun, rendang bagai. Ketat rasa kain perut.

Spegeti pun abis, tapi tang kuah je lah abis. Mee dia ada lagi tuh. Mana taknya, Malaysian style lah katakan. Selagi tak tenggelam mee tuh, selagi tuh la bubuh kuah. Hahaha :P Takpe, next time kita buat lagi eh ;)

p/s: ann, nanti kalau jadi awak buat petang nih, leh la amik kontrak spegeti eh ? *wink*
p/p/s: to za, wishing you all the best at your new place. keep on blogging eh ;)

Take a break take kit kat

Kalau tak harini day 5 saya berpuasa. Tapi disebabkan ada jamuan hari raya kat opis nih, harus lah mak tak puasa. Kalau tak kang, ada pulak air liur meleleh banjir satu floor nih. Hehehe ;)

Tak saba weh nak tunggu tengahari. Harap² spegeti ku lazat berkhasiat disukai ramai. Hehehe :) Haish! Lomang oh lomang! Yummeh!

Sunday, September 27, 2009

26.09.09

It was Nadhirah's 2nd birthday yesterday. So we decided to have a small gathering (acara bidan terjun!) for closed friends and family. Simple menu; chicken rice, spaghetti bolognaise, sheperd pie (thanx kak!) and not forgotten the kuih rayo ;)

Tengahari takde la ramai sangat. Tetibe je ramai starts 3pm onwards. Sume datang serentak. To those who came, thank you for coming! Yang tak dapat datang tuh, jumpe next raye lah ye ;P Gambar pun tak sempat snap, bz you! Alhamdulillah, food sume abih! We were tired tapi happy lah sebab acara bidan terjun dianjur dengan jayanye ;)

ini lah akibatnye kalau 'ben10' sleepy...
sentap coz yang keluar dari kotak bukan kek ben10 tapi power puff girl.
hahaha :P dia bikin drama mase adik nak potong kek
alahai abang!

birthday girl tetap maintain cool. dapat barbie katie (dua pupu barbie) tapi dah diberi nama shika-shika oleh empunye. apakah? mama gunting jugak rambut awak ni tau! asal kite ikat dia bukak! mama cakap je tuh, tak sampai hati nak potong :P

Esok dah start keje. Huwaaaaa! Kemalasannya! Next weekend ade 2 lagi big event, on the same day. Adeh... Tapi dua2 event best! Can't wait! :)

Friday, September 25, 2009

Raya 2009

susah nak bergambar berempat. ini yo lah yang dapek

suke beno diorang berbaju melayu & kurung. sampai ke malam! ;)

p/s: mood story panjang lebar belum mari... later eh ;)
tomorrow gonna be a busy day, i bet!

Sunday, September 20, 2009

Saya seisi keluarga mengucapkan ...

*sticky mode entry*

Thursday, September 17, 2009

Jam tart nak rayo


Jam teruk sangat semalam (dan rasanya final week ramadhan ni lagi teruk!) kat federal highway (memane pelusok KL same je). Time ni memang dah nak hujan lebat. Lagi la kelam kabut semua. Maybe sebab ramai nak balik kampung beraya sakan, so sebelum cuti settle kan semua termasuklah last minute shopping, dengan amik kuih/baju rayo lagi (termasuklah saya) dan macam² lagi lah.

This year saya raya KL dulu. Yahoo! 2nd raya baru balik Soghomban ;) Orang yang ada kampung semua fikir orang yang raya kat KL ni tak best, tak meriah. Siapa cakap tak meriah? Meriah lah! Selama saya hidup dua puluh sembilan tahun ni, ok je pun raya kat KL. In fact sebenarnya ramai jugak yang beraya kat KL ni. Kalau korang ada kampung, bagi kitorang sama je lah. KL la kampung kitorang. Macam saya ni, duduk KL tapi saya tetap ada kampung, Kg Pandan. Ngeee. Kampung la jugak tuh. Sama la dengan Kg Baru kan? Hehehe ;) Dan yang paling best, takyah nak pening² nak balik jejauh dengan jam dan tol juga duit minyak. *wink*

Selamat balik kampung you ols. Have a safe journey ok ;)


Sunday, September 13, 2009

Lautan manusia yang ghairah ...

... berbelanja! ;)

jalan tar:sabtu:12.09.09:3.30pm

ni baru kat jalan besar jln tar tuh. yang kat pasar dia tuh?
adoi, sesak napas, tak tahan den! tak jadi shopping lah! hmmpphhhh
yang bawak anak2 esp babies, alahai kesian! lebih afdal tinggalkan kat rumah aje
. tak sesuwei lah!

Friday, September 11, 2009

Yilekkk!!

Apa yang yilekkk??? Ermm mood kerja lah. Sudah ke laut. Dalam kepala dah pikir nak cuti je. Haish! Another 4 days to go next week til the long raya break (badan je kat opis, otak dah kat umah je tuh. bergosip yo lah jawabnye tuh). Tak tertahan² dah rasanya. Tapi apakan daya, cuti pun sudah hampir yilekkk! :P Kak, ko kemain dah start cuti esok eh? 2weeks++ ko cuti! Hover okeh! Jeles! :P

2, 3 harini banyak lak terbeli barang. So en hubby, mind you ye. This weekend we've to come over to my office to punggah all those terbeli barang tau. *wink* ;) Dengan kuih² raya, dengan kek lapis monica dari indonesianya, dengan balang kuih yang sepuluh tuh (alasan: yang lama dah pecah dua, dah cacat. maka terbeli lah yang baru :P), dengan water dispenser nya, dengan rutbir 4liter nya, dengan apa² entah lagi... Haish! Cukup ke bantuan khas tu puan Eza oi?!!! Oppss! Terlebih sudahhh...

Duit raya dah tukar. Senang hati. En hubby kata, habis sampul that's it. Takde dah nak huluq! Amboi you, kijam tau! :P Haa ni dok kira² kuih raya ada la dalam 12 ke 14 jenis! (kak, ni aku dah kira sekali yang ko nak ihsan lagi next week. hahaha :P) Tu tak masuk lagi kerepek, rempeyek, kacang bagai. Eh, tak cukup tuh balang, ada 10 je! Hahaha :P Hamboi! Melampau hokeh! So sesapa datang umah sila lah jamah kuih² rayo tu semua. Takdenya nak demand lenlain! Harap maklum! Hahaha! Keji! :P

Baju raya tinggal yang tempah je lagi. Moi, dah siap lom tuh??? Yang lenlain settle dah. Tinggal nak wash, rinse and dry je lagi. Eh, sandal 2N lom shopping lagi. Papa, take note ye. Mama punye pun belum lagi tau *wink*.

Hal² kat umah banyak lagi tuh. Nak kena melayan mem besar kat umah lak. Sabo ye mak, esok orang setelkan okeh? Yang untuk barang² masak pulak Jumaat sok ke pasor lah kita ye cik timah... ;)

Korang? Siap dah semua? Macam tak caya je dah nak raya eh? Just in a week peeps! ;)

Selamat pre-raya lah ye. Tapi jangan lupa, kita dalam 10 malam terakhir nih. Selamat beramaaallll... ;)

Tuesday, December 9, 2008

Selamat sudah...

Ermm x smpt nk update pe pon smlm. Bz with family gathering kt umah tuh. Dh mcm kenduri dh gaye nye. Bile arwah nenek dh xde, umah we all la jd tumpuan. time raye sume adik bradik mak bertandang ke umah ;) *mak bkn anak sulong... tp dh terbiase camtuh ;)

kite minum duluuuu..! ;)

Smlm ujan the whole day. Kejap renyai kejap lebat. Non-stop. Hujan rahmat la agaknye... :) Pe pon korban tetap korban. Dlm hujan renyai tuh la AJK surau tetap gigih sembelih & melapah lembu2 korban. Ramai gak yg x lps kan peluang nk tgk acara korban nih even ujan. Termasuk lah aku ngn si anak bujang. Byk tul soklan dia, smpai ade time aku dh x terjwb. Camno la mama nk buat awak paham ye abg... Xpe la, as you grow older, you'll understand it clearer k ;)


Korban dh slamat korban. Meh cite psl FOOD pulak. Asal raye je, ni la dishes we all. Mak akan masak kuah kacang, ayam msk merah, masak lodeh, serunding daging & nasik himpit. Lontong tuh we all just beli je ;) Pernah gak mak nk try ubah masak lain time raye, tp x terbuat. So jd trademark la juadah raye mak tuh ;)

org sibuk mkn lontong sume, diorg nih sibok mkn kopok ikan cicah sos :D

watermelon cheese cake name dia. made by kakak.
dia terer aa bab lapis2 nih :D


Byk sguh lauk-pauk & kuih muih smlm. Mak buat kek buah kukus lg... Aku buat kek marble choc kukus lagi... Makcik2 ade gak bwk lauk, kakak lg ngn kek & kuih makmor nye yg superb! Hehehe ;) Sebu dh rase perot dok mkn seharian smlm. Mcm ujan tuh la. Non stop aku mkn :P Pastu last night igt nk mkn burger mesia. Teringin nk mkn burger daging spesial wt cheese. Hehehe Tp hampa. Hubby dok pusing2 carik xde lak org jual smlm. Mane x nye, smlm kan raye! Hahahha agak2 la eza oi! :P

Not much piccas taken. Dok bz borak & makan. Ade a few wt kakak. Nnt dia dh emel aku upload ler. Tp mostly gbr bebdk nih la. Gbr mak, bpk, atok, nenek, pakcik, makcik bdk takdo! :P


notes: tragedi landslide kt BA tuh boleh jd satu musibah, boleh jd jgk satu amaran & pengajaran. & mungkin jgk sbg korban alam pada yg mengkhianati nye... cukop la korban tanah runtuh nih. enaf is enaf! no more construction on the hills pls!

Monday, December 8, 2008

Sunday, December 7, 2008

Rela berkorban...


Setiap tahun aku n family akan nmpk lori bwk lembu & kambing utk qurban raye aji. Sbb nye padang lapah tuh bebetul dpn umah kitorg. & setiap kali tuh aku akan ckp... 'kesian aa tgk lembu & kambing tuh... isk'. Org kate kalau dh kate gitu xleh mkn daging qurban tuh nnt. Ermm as far as i'm concern, i'd never ate them... *sigh* Even org kate daging qurban la yg sodap. Well, not for me. X smpai hati lerr nk menjamah even kuah nye pon...
:(

he knows it... tp kerana Allah, dia redha...
agak2 kalau kite yg kene korban camane lah ek?


Pastu yg paling excited skali mesti la bebdk. Ye aa org kl, tgk lembu & kambing mmg jarang skali. So bile time nih, ermm mmg jakun la kan. Termasuklah aku & anak2 aku :P Mcm pesta lak aku tgk... Hehehe Hope diorg tau la ek pe makne nye raye qurban nih. Bkn just sesuke je sembelih lembu & kambing tuh... Hehehe... :)

Esok suasana dia lg meriah... Mmg pack gile la kt area tuh. Nnt aku update lg lah eh. Nk kemas pe yg patut tuh. Messy tul dapo mak baru lepas masak ayam dadah... Hehehe :P *sesape yg x tau, ayam dadah tuh ayam msk merah mak aku. kengkwn yg gelar gitu. sodap sgt la tuh eh?! :P

So bersama2 la kite menghayati pengorbanan ibrahim & ismail... :)

Monday, October 27, 2008

26.10.2008

Ermm smlm sunday g umah org kawen kt kajang. Kawan mak anak dia kawen... Ni sume geng mak aku ms keje kt kilang kain mara (kima) kt kjg dulu. Mak aku supervisor diorg tp mmg close. Every anak diorg sume akan pegi kenduri tuh for gathering :P & everytime kenduri, dr dulu til now, aku jgk la yg bwk... Hehehhe puas la aku mkn kenduri diorg :P

X snap pon gbr pengantin smlm. Sibok dgn si kecik nih. Demam suddenly... Mcm campak. Tp paeds aku kate mcm simptom HFMD. Tp doc kate maybe gak sbb immunization dia haritu. Leh gak kene rashes some sort of cam campak gak. Ade ulcer kt mulot, to la key to indicate HFMD. Doc soh monitor, kalau kuar rashes besa2, kene
bwk g jmpe dia blk... *nawfal was once infected by this virus. so aku dh ade experience to it... tp dulu dia kene x tau la dpt dr mane coz ms tuh dia x skool pon lg... Sian adik... Dh la smlm panas terik... Hmmm... X dan pon nk snap gbr food & all... Nasik myk smlm mmg sedap! ;)


Then after settle org kawen sume, we all headed to damansara prima. Aida's open hse. 4 kete sume nye. Segerombolan we all datang :P *aida rapat ngn family aku dulu. so mmg kenal la pakcik,makcik & kazen2 aku sume ;) Smpai sane almost 4.30. Lame gak lepak sane. Makan, minom & makan lagi... :P Aida msk roti jala & soto ayam.
Sodap! *sori la xde gbr food... Wei, teringin la tart ko tuh. Mlm tuh aku teringat2 beb! Nk order leh x?? ;)

adik wt mak ngah intan ;)

adik same je cam papa... sakit ke x, mkn ttp selera :P

bergambar ngn tuan umah ;)

love this pic very much *even adik wasn't looking ;)

Letih tul smlm. Letih makan je sbnr nye... :P Mlm td adik hi-fever lg, 39.1 temp dia..! :( I think she's really having the disease. & i think i discovered where she got it. Will story it in the next entry k... Later...

Thursday, October 23, 2008

Vroom! vroom! vroommmmm!

Harinih mood upload gambo... Layan je la ek. Those pics were taken ms blk kg harituh... Thanx to kakak ;)


notes: ni version nawfal wt his cousins... pasni upload gamba nadhirah lak ;)


Gedik santai...

Hehehehe title xleh blah! :P Ni la gbr ms jamuan raye ict the other day... ;)


notes: esok ade mkn2 lg nih. katenye jamuan penghabisan raye... hahahaha :P