Thursday, November 18, 2010

Cerita Raya Haji 2010

Dari kecil sampai la dah nak beranak 3, kemeriahan hari raya haji bagi saya takde mana lah sangat. Maybe sebab I'm a city girl kot *poyo gila statement*. Ye lah, kat kl ni kalau raya haji biasa² saja. *yang sakan indon² saja*. Takde pun istilah nak berbaju baru bagai. Pakai baju basahan ajo. Pepagi memang mak saya akan masak lauk raya lah - nasi himpit, kuah kacang, lodeh semua tuh. Solat raya pun yang selalu pergi babah je pun dan abang² saya. Then kitorang semua duduk rumah jek. Takde lah nak pegi bertandang ke rumah orang macam raya puasa. Pastu kang tengah lepak² tetiba ada orang bagi salam bagi daging korban. Hehehe. This was like 20 years back lah. Til now pun, gitu lah jugak. Simple. Just a-get-together session je for our family.

Bezanya since few years back, depan rumah saya ada tanah lapang. So aktiviti korban lembu dan kambing depa buat kat situ. Meriahnya ramai la penonton menyaksikan korban tuh esp the kids. Tak terkecuali anak² saya yang jakun itu. Last Tuesday anak bujang saya keluarkan statement yang buat saya rasa nak pengsan. Kejadian ni terjadi semasa para petugas tengah turunkan lembu dari lori... "Mama, elephant pun ada?!". *pengsan* City boy lah kata kan. *statement poyo lagi* Kalau jenjalan kawasan kampung penat nak betulkan mana yang betul lembu, kerbau and kambing. Kambing dikata baby lembu lah pulak. Konpius ye nak? :P

This year lagi lah kan. Cuti pun tengah minggu. Annual leave sudah yilek. So mood pun tarak mari. Mak saya sibuk² masak pun saya buat dek jek. Tapi time makan don't worry. Laju. Adalah tolong kemas² sikit. Kemas lah kan. Anak² saya pun yang buat sepah :P Nasib jugak anak² buah saya yang bujang² tuh ada kat rumah. So diorang lah yang melayan 2N. Saya just lepak tengok tv sambil tunggu kakak saya sampai bawak kek(s).

ini lah dia kek(s) yang ditunggu²
from left: sandwich cake, red velvet cake, brownies tak tau nama
heaven! ;)

Mak saya as usual buat kek buah kukus. Saya pun ada beli kek coklat rm10 dari lizajane. Moist. I like! Raya korban ni takde delivery charge. Saya amat menghargai pengorbanan anda! TQVM! :) Then ada jugak order biskut untuk kunyah². Biskut sarang semut :)

this was a last minute order
biskut sarang semut from amoi ;)

Al-kisah seminggu sebelum raya saya dah zikir kat telinga en hubby saya nak makan lemang and rendang yang dijual kat taman dagang. En hubby kata sabar, nanti dekat nak raya ada lah tuh. Tup tup sampai petang raya atap khemah gerai dia pun tak nampak. Pergi haji kah? Tiada rezeki saya di situ. Malam raya en hubby ronda bersama anak bujang carik lemang dan rendang ayam untuk mama tersayang yang tak habis² mengidam. Balik² anak bujang meluru masuk bilik bagitau, "mama, abang dah beli dah lomang mama!". Apa lagi teruja la mama kan. Sekali dengar en hubby berkata sambil senyum sinis, "jemput lah makan lemang dan rendang ayam awak 20 ringgit tuh". What??! Dah la rasa hampas! Isk! Tapi syukur lah, itu dah rezeki yang dah ditetapkan untuk saya. Oh, satu pelajaran pengajaran saya dapat lepas tak puas hati dengan rendang ayam mahal tuh. Jangan kutuk rezeki, sedap ke tak sedap pasal nanti Allah putus kan rezeki kita nanti. Gulp! Astagfirrullahhalazim! ;)

ini lah antara lauk raya masakan emak saya ;)

Plan memang tak nak balik seremban pasal fikir penat. Saya tak cuti esoknya, takut tak larat. Tapi bila en hubby keluarkan ayat manis "jom balik seremban 'kejap' nak?". Terus saya kata OK. Otomatik. Lepas zohor bertolak, pukul berapa balik? 10 malam! Kejap lah sangat kan ;P Rumah MIL lagi koboi. Takde masak² pa pe pun pasal malam raya rupanya ada kenduri arwah nenek mertua dekat kampung. So aktiviti kitorang? Biasa lah, jalan² carik makan. Hehehe ;)

Begitu lah sedikit-sebanyak cerita raya haji saya pada tahun ini. Yang best sebab ada takbir raya. Tapi pada saya hari raya korban bukan just untuk orang pergi haji atau orang yang buat korban. Korban adalah subjektif. Pepandai lah hayati ya ;)

p/s: gambar² semua saya cilok dari fb kakak saya dan juga amoi. harap maklum! ;)
p/p/s: should i consider a smart phone or a camera eh? ;)

2 comments:

Luvly Me said...

u shud get both smart phone n camera *wink*

eZa said...

aini:: i'm eyeing on the new BB torch. tapi... sayang nye duit..! :P