Pernah ke korang rasa tiba² je benci kemain lagi kat someone or something? Kalau tak semena² tuh mesti ada something wrong lah kan. Tapi saya rasa kebencian saya ni kronik lah. I can't tolerate at all to the fellas. Rasa macam diri ni teruk sangat sampai ada perasaan benci macam tuh sekali. Dan memang saya rasa saya tak patut pun berperasaan begitu. Kan Allah menyuruh kita supaya berbuat baik kepada sesama insan... *sigh*
Saya rasa sepatutnya saya boleh overcome this feeling. Tapi sekarang nih apa saja yang mereka² itu lakukan menambah lagi kejelakkan di hati saya. (Pe ke hey nye ayat aku dah macam ayat buku pulak nih?!). Kalau tengok muka, adoi... lagi lah! Kalau boleh kelibat dia pun saya tak nak tengok. Suara pun saya tak nak dengar.
Saya dah cuba buat macam² untuk pujuk hati dan diri supaya buat tak ambil kisah je apa yang mereka lakukan. Betapa seksanya nak mempositifkan diri. Rasa berdosa sungguh lah... :( Mungkin itu cara dia untuk bahagia, cara dia nak raise anak² dan family dia. Cara saya tak sama dengan cara dia. Tapi perlu ke ada perasaan selfish, buat sesuatu tak pikir perasaan orang lain yang begitu dekat dengan dia? Perlu ke ada perasaan berlagak, bangga² sampai nampak macam jadi bangang di mata orang lain?
Ke sebab saya pregnant saya sensistif terover² eh? Dulu before pregnant benci lah jugak, tapi tak sampai ke tahap sekarang nih. Saya rasa dah memang tak boleh tolerate langsung lah. Sedih :( Tapi saya tetap bersyukur. Walau pun hubungan saya dengannya tak baik seperti sebelumnya, Allah mendengar doa saya. Saya nekad & tekad ke arah mencapai 'sesuatu'. Memang belum lagi terlaksana. Tapi alhamdulillah, jalannya sudah ada. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya sekeluarga ke arah 'sesuatu' itu. Dan semoga Allah mengampunkan saya kerana berperasaan tidak patut kepada hambanya yang lain. Amin...
Saya yakin, tindakan saya dan suami yang sehingga kini belum mendaftar anak² ke kindie ada hikmahnya. Allah merancang sesuatu yang lain untuk kami sekeluarga. Sesuatu yang lebih baik, insyaAllah. Semoga sinar-Nya sentiasa menyinari kami sekeluarga, begitu juga dengan 'keluarga itu'. Dan saya harap, selepas impian saya terlaksana, hubungan yang keruh dapat dijernihkan seperti sedia kala. Better.
Saya lupa mana saya baca atau dengar ayat nih - "kita benci kepada orang lain, orang lain pun ada yang benci dengan kita. tapi ingat, jangan sampai Allah membenci kita!". Wallahualam.
7 comments:
aku pon punya perasaan camtu...
ada masa rasa sayang...
ada masa sayang tu bertukar jd benci.. meluat...
kronik kah?
tapi x baik kan ada perasaan camni :(
sabo2..jgn fikir sgt...sbb awk tgh pregnant tu..buat apa yg difikirkan terbaik tuk family kiter, xyah fikir sgt ape org lain nk kata...masing2 ada cara tersendiri..hasilnya akan nampak kemudian..good luck..hehe..
alhamdulilah mempunyai perasan benci tu bermakna anda seorang manusia yg mempunyai perasaan, tp sikap benci tu boleh dijernihkan dengan melihat kebaikan drp kebencian tersebut, bermakna anda semakin mengenali dan memahami sifat rakan anda tersebut ;p, dan anda akan berhati-hati semasa brborak dgn "org tersebut" ini sekaligus akan melahirkan skill psikologi dlm diri anda utk mengatasi org yg bermasalah. Cheer up!!!, hidup hanya sementara shj, apa yg kita pandang sekarang ini hanya pinjaman semata-mata, so mlm nih sebelum tutup mata try to forgive them(seikhlas hati tau),and tell me what u feel 2morrow ;p...TC ...
been there, done that,,:) Allah maha mengetahui..
tinie:: aku skang letak je kepale tak pk pe dah. fatihah pun x sempat abih bace kot dah ZZzzzz. mm xpe, nnt aku try eh. thx for the tips! ;)
Penat sgt tuuu....;p
TRY not to hate. membazir emosi. :P
Post a Comment