Monday, October 18, 2010

Touch Point Budget 2011

INSENTIF CUKAI
1. Memansuhkan duti import 5% -30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian
2. Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit
3. Mengecualikan duti eksais 100% ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh OKU
4. Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000
5. Mengecualikan 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik & perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama
6. Mengecualikan 100% duti import & duti eksais ke atas kereta hybrid

PEMBANGUNAN MODAL INSAN
7. Melaksanakan Program Latihan1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta (Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara)
8. Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari2011
9. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II & I serta penganugerahan Profesor Ulung
10. Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta
11. Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan
12. Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah & menengah) dengan peruntukan RM95 juta

ELAUN
13. Menaikkan imbuhan guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan
14. Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada Imam
15. Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK & Pengerusi JKKP, Tok Batin & Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian & Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800
16. Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa (JK) dinaikkan dari RM30 ke RM50

PENJAWAT AWAM
17. Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan
18. Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
19. Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember2010 untuk tempoh 1 tahun lagi
20. Kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam:
a) Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua
b) Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000
21. MenaikkankadarBantuanMengurusJenazahkepadaRM3,000
22. Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari

SKIM PERUMAHAN
23. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000
24. Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN
25. Program Bantuan Rumah (12 ribu unit) untuk golongan miskin & miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta

PENGGUNA
26. Mewujudkan [UTF-8?]“Portal 1Malaysia [UTF-8?]PenggunaBijak”
27. Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan
28. Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti

MENCERGASKAN PASARAN MODAL
29. Melancarkan Dana Pencen Swasta
30. Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariah
31. Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing
32. Bursa Malaysia akan membangunkan international board
33. Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit
34. Dana Permulaan Perniagaan bernilai RM100 juta untuk menggalakkan industri modal teroka

KUALITI HIDUP
35. Menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara
36. Meneruskan Projek PIA & PIAS dengan peruntukan RM500 juta
37. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan
38. Kadar tol di 4 lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta
39. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000
40. Permohonan PR boleh dilakukan selepas 5 tahun
41. Menyediakan 4 buah bas sebagai Klinik Bergerak
42. Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
43. Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli

No comments: