Wednesday, August 26, 2009

Penemuan baru yang dah diketahui umum

Penemuan baru untuk Ramadhan tahun ini. Perkara ini semua orang dah tahu, termasuklah saya. Info lapuk. Tapi biasalah, kalau dah nama nafsu, syaitan ada ke takde ke sama je, ye dak? ;)

Yesterday was the 4th 3rd 4th day of Ramadhan, my first visit to param. Ingatkan nak beli kuih je since mak goreng kuey teow je kat rumah. Tapi itu lah, siap beli murtabak 2 dan roti john (panjang) 2. Kuih pulak 10 ketul. Dalam hati dah terdetik dah, "ko nak bagi sape makan bebanyak ni Eza oi?". Ermm seperti yang dah dijangka, pembaziran memang berlaku! Dan yang paling sadis, anak dara saya muntah-muntah since tengah malam semalam til this morning. Saya suspek perut dia tak tahan dengan sos dan mayonis murah lagi tak berasa roti john yang dijual penjual berdebah itu. Saya dan en hubby pun sakit perut jugak. Sah la tuh!

Benda dah nak jadi sebab selalunya kami akan beli roti john kat brader depan syarikat mariam tu, tapi semalam dia takde la pulak (bukan ramadhan pun dia memang meniaga situ). So plan B kena la beli di param dan saya terpaksa jugak beli sebab dah janji dengan si anak bujang nak belikan dia roti john. Saya bukan nak kondem penjaja Melayu, tapi ini fakta bukan auta. Takde ke rasa tanggungjawab pada pembeli? Jual barang murah dan takde kualiti. Benda makan pulak tuh. Pendapat saya kalau barang kita berkualiti dan sedap dimakan, mahal atau jauh macam mana pun orang akan tetap membeli. So apa pulak nak takut rugi? Untung/rugi kan resam bisnes? Risk that you have to pay when you are in bussiness, no? Berniaga pulak ikut season, peniaga tegar bulan Ramadhan. Tak salah nak bisnes, tapi kena lah benda yang memang kepakaran kita. Bukan sekadar untuk try and error, berniaga tangkap muat atau asal boleh saja. Haish! Letih bebel! Memang kita membeli memang dah rezeki si peniaga. Tapi nak consider rezeki yang macam mana tuh?

Macam brader roti john kat syarikat mariam tuh. Roti john dia pendek RM3. Kalau fikir-fikir memang mahal. Tapi... saya puas hati, isi banyak, cili sos, bbq sos & mayonis cukup rasa. Superb! (Adoi, bergenang pulak air liur tengah menaip nih :P) So macam mana pun saya tetap membeli sebab berkualiti dan sedap.

Saya tak kata semua yang berniaga bulan puasa kat param tu semua tak betul, tapi rata-ratanya lah. Apa-apa aje lah. So pengajaran untuk diri saya... First, kalau nak membeli, beli lah dekat orang yang memang kita dah biasa and trust. Kedua, tak payah la lagi pergi param melainkan betul-betul desprate sebabnya pembaziran PASTI berlaku. Ye lah, orang lapar pergi shopping, semua nak dibelinya kan?

Adakah lawatan saya ke param ini untuk kali pertama dan terakhir? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kita tunggu dan lihat. *wink*

p/s: balik ni nak beli roti john brader kat mariam lah. hehehe :P
p/p/s: mungkin jugak anak saya demam alih bulan sebab harini birthday dia setahun 11 bulan. tapi saya tetap nak salahkan penjual roti john yang keji itu!

6 comments:

cengko said...

"Saya suspek perut dia tak tahan dengan sos dan mayonis murah lagi tak berasa roti john berdebah itu"

"tapi saya tetap nak salahkan roti john yang keji itu!"

makanan xsalah, tukang buat yg salah. sian makanan tu...

eZa said...

cengko: memang itu maksud saye. tapi xpe saye dah edit entry ;)

HazlisaNoor said...

eza, roti john paling best ada di pasar ramadhan stadium shah alam..tapi kena cepat kalau lambat kena beratur panjang,walaupun dia buka 2 gerai di situ...cubala..

eZa said...

kak ieja: harituh ade tengok 'shamsul@bazar ramadhan' kat tv3. memang tengok sume best-best la kat sane. kecuq air liur tau... tapi xtau la bile nak ke sane... hehehe ke kak ieja nak organize buka posa kat umah kak ieja? *wink*

Ms Lola said...

Eh, brader roti john depan mariam tu mmg selalu i nmpk takde. kul brp dia start berniaga selalu?

eZa said...

ML: semenjak bulan posa semalam lah pertama kali saya nk membeli kat dia. tapi hampa, dia x meniaga. nnt saye tgk harini kalau-kalau dia ade eh.

p/s: tah tah dia meniaga kat param memane tak. hope not. or perhaps nnt sy ty staff mariam kot-kot diorg tau. hehehe ;)