Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Pagi tadi saya sahur ni...

tiramisu cake

Harituh tekak langsung tak boleh layan benda manis. Cake is always my favourite. Tapi sedih, harituh tengok pun saya tak lalu. Alhamdulillah, sekarang dah boleh makan cakes and all. Yippy! Slowly I'm turning into the real me - the eater! ;)

Ok, nak sesiap bahan2 goreng mee mamak for buka. Korang buka apa??? Selamat berbuka lah ya! ;)

p/s: saya juga dah 'lalu' update blog! yeay! ;)

Iftar at Whisk

Heard about this small cafe a few times. I've been googling about it since then. They wrote about the delicious cakes, pies and pastries that whisk served. And not forgotten the pizza too. Well, knowing me, I can't just hear abt good food. I must try and taste it myself ;P So up we go!

the delicious food

the simple deco of the whisk

baby macaron. i like the rose flavour. yummy!

the delicious baked chicken pasta

the superb beef pie aka shepherd pie

the red velvet cake i tell you... perghhh!

the yummiest home made pizza!

yummy!

There are still pies and cakes to be tasted as we were already full that day. Gila, makan sampai tegang perut tak larat nak jalan. Hahaha :P Should go there again for iftar before raya lah of course. Beb, jadi eh?! ;)

It's just a simple and small cafe yet it serves delicious food. I love this place! ;)

If you want to try it yourself, here is the address:
Whisk Espresso Bar & Bake Shop
LG03A, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.

p/s: cappuccino dia pun sodap! nak try carrot cake dia. tak sabarnyeeeeee. tak caya, tengok gambar kat sini ;)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

To all bloggers and readers, SELAMAT BERPUASA! :)
Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan.
Dan semoga Ramadhan kali ini memberikan 1001 keberkatan, kesabaran & kenikmatan kepada kita semua.
- Amin -

:)

Thursday, September 17, 2009

Iftar 26th

Rentetan dari jam yang melampau semalam ni, kena pulak amik en hubby kat Jalan Ampang nun. Perghhh! Kejung² dibuatnya dalam kereta. Dari Sg Besi dah slow moving nak ke Jalan Tun Razak. Tau je la kalau jam kat situ camane gayanya. Verrrrry the slow moving! Disebabkan itu, saya buat lencongan ke bulatan Kg Pandan. Haish! Jam jugak kat situ nak ke KP. Siap lalu depan rumah nak naik highway seringgit setengah ke KLCC. Hahaha :P Jauh betul pusingnya.

En hubby dok calling² dah sebab tak tau nak buka kat mana. Alahai cik abang sayang, dah la i panas hati dengan jam² tuh. Suka nak tanya benda² yang you boleh je decide sendiri tau. Memula dia ke lil' penang, tengok Q sangat panjang so tak jadi lah. Call lagi, then ke nandos, fully booked pulak! Ermm lagi panas la hati pn wifey ni kan. Last² saya kata tunggu je lah saya sampai. Macam lipas kudung mak pecut kat highway tuh. Sampai² dah pukul 7. Takde hati dah nak fikir nak buka mana. Semua tempat full!

Finally, we all ke side kat putra lrt tuh. Ada SR and subway. Dah cakap dengan en hubby, kalau full jugak beli je roti kat cake sense then balik je lah. Tengok² SR kosong, terus duduk and order. Ah, lega!

iftar free complimentary
kalau tau takyah order air. kenyang air je heh

kek baru kat SR. golden nugget.
choc banana cake coated with caramelized almond kot nama dia
so-so je lah

ni pulak main course nya
spaghetti meatball dan beef noodle (tah camana tah boleh order beef noodle nih) :P

They all ada promo dish buka puasa resepi chef wan. Choices of ayam masak asam or kari kambing served with white rice + sirap + kurma for RM15. Ada sesape penah rasa tak? Sedap ke chef wan masak? Eh, tapi bukan dia yang masak lah kan, resepi je tuh ;) Tapi sedap sangat ke masakan dia eh? Teringin jugak nak rasa ;)

Friday, September 11, 2009

Post-20th iftar

arghhh, sejuk tekak dan perutku
hehehe ;)

Wednesday, September 2, 2009

Catch of the day, i mean yesterday

We had our iftar at the pasar ikan manhattan yesterday. I had fish and chips. I chose sword fish instead of dory. It's true, it tastes like chicken! Sedap! Hehehe ;) As for my girlfriend, she opt to have grilled catch of the day, a slice of dory and chips. Uhh, I just loves fish-es! Yum-meh! ;)

p/s: boleh pulak tuscan tiramisu tak ada? takkan kat penang je ado en ajim oi?! tak aci! :P

Sahur 12 Ramadhan

yang dah tergigit tu saya lah punye.
tapi yang oreo yang dah comot tuh, anak dara saya dah rasmikan dengan lidah semalam
:P

Wednesday, August 26, 2009

Penemuan baru yang dah diketahui umum

Penemuan baru untuk Ramadhan tahun ini. Perkara ini semua orang dah tahu, termasuklah saya. Info lapuk. Tapi biasalah, kalau dah nama nafsu, syaitan ada ke takde ke sama je, ye dak? ;)

Yesterday was the 4th 3rd 4th day of Ramadhan, my first visit to param. Ingatkan nak beli kuih je since mak goreng kuey teow je kat rumah. Tapi itu lah, siap beli murtabak 2 dan roti john (panjang) 2. Kuih pulak 10 ketul. Dalam hati dah terdetik dah, "ko nak bagi sape makan bebanyak ni Eza oi?". Ermm seperti yang dah dijangka, pembaziran memang berlaku! Dan yang paling sadis, anak dara saya muntah-muntah since tengah malam semalam til this morning. Saya suspek perut dia tak tahan dengan sos dan mayonis murah lagi tak berasa roti john yang dijual penjual berdebah itu. Saya dan en hubby pun sakit perut jugak. Sah la tuh!

Benda dah nak jadi sebab selalunya kami akan beli roti john kat brader depan syarikat mariam tu, tapi semalam dia takde la pulak (bukan ramadhan pun dia memang meniaga situ). So plan B kena la beli di param dan saya terpaksa jugak beli sebab dah janji dengan si anak bujang nak belikan dia roti john. Saya bukan nak kondem penjaja Melayu, tapi ini fakta bukan auta. Takde ke rasa tanggungjawab pada pembeli? Jual barang murah dan takde kualiti. Benda makan pulak tuh. Pendapat saya kalau barang kita berkualiti dan sedap dimakan, mahal atau jauh macam mana pun orang akan tetap membeli. So apa pulak nak takut rugi? Untung/rugi kan resam bisnes? Risk that you have to pay when you are in bussiness, no? Berniaga pulak ikut season, peniaga tegar bulan Ramadhan. Tak salah nak bisnes, tapi kena lah benda yang memang kepakaran kita. Bukan sekadar untuk try and error, berniaga tangkap muat atau asal boleh saja. Haish! Letih bebel! Memang kita membeli memang dah rezeki si peniaga. Tapi nak consider rezeki yang macam mana tuh?

Macam brader roti john kat syarikat mariam tuh. Roti john dia pendek RM3. Kalau fikir-fikir memang mahal. Tapi... saya puas hati, isi banyak, cili sos, bbq sos & mayonis cukup rasa. Superb! (Adoi, bergenang pulak air liur tengah menaip nih :P) So macam mana pun saya tetap membeli sebab berkualiti dan sedap.

Saya tak kata semua yang berniaga bulan puasa kat param tu semua tak betul, tapi rata-ratanya lah. Apa-apa aje lah. So pengajaran untuk diri saya... First, kalau nak membeli, beli lah dekat orang yang memang kita dah biasa and trust. Kedua, tak payah la lagi pergi param melainkan betul-betul desprate sebabnya pembaziran PASTI berlaku. Ye lah, orang lapar pergi shopping, semua nak dibelinya kan?

Adakah lawatan saya ke param ini untuk kali pertama dan terakhir? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kita tunggu dan lihat. *wink*

p/s: balik ni nak beli roti john brader kat mariam lah. hehehe :P
p/p/s: mungkin jugak anak saya demam alih bulan sebab harini birthday dia setahun 11 bulan. tapi saya tetap nak salahkan penjual roti john yang keji itu!