Friday, March 12, 2010

Masa itu akan tiba jua

Semalam result spm keluar kan. So masih hangat lagi lah isu ni diperkatakan. Setiap kali ada exam besar semua orang akan automatically tertanya siapa antara yang dikenali amik periksa. Anak siapa so and so. Bila result keluar semua nak tahu si polan atau anak si polan tuh dapat berapa? Excellent ke kecundang ke moderate aje. Tapi jawapan balas cliche yang biasa di dengar sudah pasti, "takpe lah, ok dah la tuh. janji lulus". Ini bagi kes result kurang memberangsangkan lah kan. Kalau excellent nye result, "Alhamdulillah. Elok sangat dah la tuh... tahniah" ;)

Saya tertanya² jugak, later anak² saya pun akan ambil periksa jugak. Tak tau lah macam mana saya nak hadapi situasi macam di atas. Bila orang sekeliling dok tanya berapa anak saya dapat, macam mana lah gaya nak menjawab. Kalau memang dia excellent in studies tak susah lah sangat kan nak jawab. Konfiden lah kan. Kalau nanti result tak bagus ke camana nak jawab eh? Terus kondifen. Malu, sedih semua ada la kot. Sure makan dalam lah kan. Tapi macam mana nak overcome benda² nih? Ikut pengamatan saya, bila anak nak ambil result, mak bapak yang lebih nervous dari anak². Ye lah, mana tak nervous. Belum result keluar pun dah ada yang tanya anak dapat berapa. Huh, camno tuh?! Siapa yang tak kepochi nak tahu, angkat tangan! Huh! Tipu! Kita memang tak tanya direct, tapi kita nak jugak curik² dengar jawapannya bila orang lain bertanya, kan?

Dari dulu saya setuju dengan phrase ni, "excellent / good on paper tak semestinya excellent / good practically". Saya pernah dengar cerita ada student bila exam very the excellent, 1st class memanjang. Tapi bila grad from 1st class diorang turun pangkat ke 2nd class. Sebabnya? They don't deserve it. On paper jek excellent, tapi practically hampeh. More to menghafal apa yang diajar dan dibaca sahaja. Siapa setuju kalau saya kata sistem pendidikan kita memang ke arah on paper sahaja? (jangan kena saman sudah...) :P

Saya tak reti lah nak elaborate perasaan saya ni. Hope korang paham lah pe yang saya cuba nak cerita ni kan. Hehehe. Saya tak nak jadi parent yang mendesak. Push! Push! Push! Gedebush! (macam nak beranak lah pulak :P). Kalau kita paksa² sangat anak² pun tak boleh jugak kan. Kita sendiri pun kalau dipaksa naik rimas. Ini kan pulak budak². Setiap orang / anak ada interest masing². Setiap orang tak sma. As a parent yang baik, sepatutnya kita dah tahu mana arah anak². Dari kecik kita dah boleh identify. Ada jugak jenis yang tak suka belajar. Tapi bila exam, excel. Ada tuh tak minat buku, nak baca masuk kelas bagai, tapi minat inventing, building, repairing, painting, so on and so forth. More to kemahiran gitu lah. Ikut kata pakar motivasi, kita kena bagi sokongan pada anak² yang macam ni. Tapi saya kalau anak tak kenal huruf 'W' pun dah rasa nak pengsan. Stress. Dan saya rasa saya ada aura menjadi seorang ibu yang mendesak dan pendesak. Adoi. Anak baru umur 4 tahun, ajar macam budak darjah satu. Haish! Tapi adakah saya buat itu semua untuk dia atau lebih untuk saya sendiri? Hmmm...

Kalau boleh saya nak anak² saya all-rounded. Akademik bagus, kemahiran bagus, sports bagus, pergaulan bagus dan yang paling penting, rohaniah mesti bagus. Parents mana yang tak nak macam tuh kan. Semua nak yang baik² sahaja. Tapi kalau tak push, camana nak capai semua tu? I guess nak push pun ada cara nya jugak lah kan. Macam nak push masa beranak jugak lah. Ada teknik² dia. Susah tau jadi parent. Sebab itu bila kita belum atau tak dikurniakan zuriat, ada lah hikmah sebaliknya tuh.

Well, saya masih lagi terkesan dengan entry KNV yang ini. Guess I have to be prepared to accept whatever my children abilities would be. Akademik bukan kayu pengukur. Focus on the strengths not on the weaknesses. Thanx KNV. Lega sikit ;)

So, rasa² dah dapat solution kah?

Oh, sedikit tambahan. Saya pantang orang yang suka sesedap rasa mengata anak orang lain bodoh, tak pandai, tak cantik, itu, ini. Anak dia jugak yang baik segala. Eh, hello! Lu sapa beb??!

p/s: ada orang sekolah tinggi, tapi perangai macam hampeh. ada orang belajar pendek tak tinggi mana, tapi peribadi mulia. salute!

8 comments:

mazzuana said...

Eza, aku setuju ngan ko..kengkadang academic tak bagus mana tapi berjaya dalam hidup. Aku pun dulu masa sekolah tak se excellent mana, sains sentiasa fail, math ding dong, add math time nak spm petang pagi baru aku tau nak buat vektor camana..tapi alhamdulillah sekarang tak berjaya sepenuhnya lagi tapi aku bersyukur sangat...hopefully my son akan excel dalam akademik n hidup dia..
Sory, terpanjang pulak...

Ms Lola said...

i couldn't agree more.

Lill said...

Agreeeee!!!

yurn said...

ada pulak yang stail tak boleh anak orang lebih dari anak dia. tapi sibuk2 nak tanya. tak kuasa nak melayan.

yang penting anak hepi. kita doa untuk kesejahteraan anak2 kita :)

citong said...

eza,
mencabar kan jd parent zaman skang nih? kadang² kita cool je.. tp org lain lak yg sibuk buat berbandingan. Itu yg buat parent skang push gedebush anak masing².
mende² dr za kecik lg dh ade cuma x ketara sgt mcm skang. dahsyat!!
ape² pun sbg parent kita kene doa yg terbaik utk ank kita. doa dia jd anak yg soleh, berbudi bahasa, berjaya dalam hidup, dimurahkan rezeki, dilindungi dr malapetaka bencana dan penyakit, dilindungi dunia dan akhirat...

Ziana said...

anak x kenal huruf 'W'..
habis sume plate number kete dia soh anak dia baca...camne..?
sebaik KL start ngan W..
kebetulan ek..??
hehehe..

hadoi..!!
mmg mencabar okeh..
ngan bebudak skang lebih advance segalanya.. especially tang memberontak.. sgt laa advance compare then kite dedolu..
kene treat style saiko skit kot..?
saiko yg membina laa..
jgn saiko yg spoilkan budak..

(zaman aku kawen nnt lg advance kot dr ko nih... eiii ngeri :P )

~ Lady ell ~ said...

betullah eza..push tu perlu ada cara.tp kekadang kita tk perasan pun yg kita ter push lebih kat ank2 kita.bukannya apa,sbb nk kan yg terbaik.tekanan sekeliling pun mempengaruhi kita nk paksa2 ank kita ni.

Saliza Shahril said...

Aku paham ape yg ko cube ckp kan nih hehe. skang pon br tadika dah terasa bahangnya hehe inikan exam2 besar nanti.