Friday, November 26, 2010

All about Penyusuan Ibu

Ada kalanya bagus jugak ada emel 'mesej hari ini' kat ofis ni. But kekadang annoying jugak. Most of the time I just delete it. Tak larat nak layan ;P

Tapi info yang ini saya suka. Pasal penyusuan ibu. Dah 2 anak, dua² saya fail to breastfeed. Tak tahu lah mana silapnya. Mungkin salah diri saya sendiri yang kurang kesabaran dan ilmu di dada *awww! ayat tak boleh blah!* ;P I don't have to elaborate my excuses regarding this, it's just plain lame after all.

Tapi mana tahu saya berjaya untuk 3rd baby ni? Chaiyo! ;)

Petua Penyusuan Yang Berjaya
Amalan positif:
  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  • Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  • Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting.
  • Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  • Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Amalan negatif:
  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda.
  • Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.
  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.
  • Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi.
  • Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa 6 minggu pertama adalah masa 'latihan' untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.
  • Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar . Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.
Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur (*yang ni boleh consider PB ;P*).

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Sumber: Persatuan Penasihat Penyusuan Ibu Malaysia

Apa pun yang penting tekad, ilmu dan kesabaran. Kan?;)

1 comment:

y@tipruzz said...

beb, read up a lot. knowledge & determination are the key! masukla forum susuibu, kelly's mom, etc..

no doubt mmg letih, especially bila bby duk melekat je n at the same time u wanna stockpile ebm stock bila msk keje nnt..but trust me it all worth the effort. gud laks ok!!