Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

36weeks++

* still... berat saya masih ditakuk itu. yeszzaaa!
* tapi berat baby adalah menaik kepada 2.8kg. good!
* baby engaged!
* doc kata "you get ready lah ye after CNY ni" ;)
* baby stuff almost 80% ready. eh tapi hospital bag lom siap packing. sila jangan panic en hubby ye ;P
* can't wait to enter 38weeks so that I can deliver the baby at anytime
* planning to get MC earlier than EDD. nak dok rumah sahaja. tak larat dah nak bawak perot
* praying hard that everything went well :)

Thursday, January 13, 2011

34 weeks

* I only gained 0.5kg within 2weeks. yippie!
* starting to have braxton hicks
* the baby weighing approx 2.5kg
* baby dah parking baik punye, tinggal tunggu time jek nak get through
* the best part is, I'm craving for coffee EVERYday. pfffttt!
* doc remind me that this time (most probably) I will have early contraction & delivery. so dah kena jaga² dari awal Feb. Ohmy!
* hoping & praying that I'll have smooth labor... InsyaAllah :)

Friday, December 17, 2010

Ketagihan bau²an

Ya Allah, kalau dapat sedut bau benda² alah nih... Terasa sangat lah nikmatnya.
Boleh 'hi' y'alls! Haish!

pink lux ni rasanya since 1st pregnancy dah ketagih
dah macam inhaler. bila shower dok sedut² bau dia ;P

p/s: pictures from google

Thursday, December 16, 2010

30 weeks

Yesterday I went for my regular check up. Oh, we finally decided to deliver the baby at naluri. Don't ask me why we chose naluri. It's just happened ;) And this is my first time dealing with female gynae. Hmm I really missed my prev gynae lah :( Takpe lah baby. Rezeki awak dengan doctor ni. Asalkan mama deliver awak dengan sihat sejahtera sudah lah :)

I really thought that I'm just entering my 28weeks. To my surprise, the doc told me that I'm actually on my 30 weeks 2 days already. Terkezut beb! Just another 8 weeks je nak deliver dah. Patut lah dah rasa berat sangat. Jalan pun dah terkengkang². And guess what? I haven't preparing anything at all. So I've to start buying baby stuff dah. Adeh... Malasnye nak shopping..! Eh, is sogo still having the Y.E.S?

Yesterday ultrasound was awesome. Alahamdulillah, the baby is well growth. In good position. I can see clearly the baby's eyes, nose, mouth, ears and pipi tembam. Oh, not forgotten the tuuuuttt. Hehehe. InsyaAllah, the gender is now confirmed! ;) Tapi ikut firasat macam rasa baby ni besar lah. Macam abang Nawfal ;)

As for mama, so far so good. The blood result is normal. The urine is clear. Alhamdulillah. The weight? Hehehe. Increasing baik punye! ;P Asalkan sihat, I guess it should not be any problem, kan? :)

It's been a while kan I didn't blog about my kids - the 2N? Nadhirah is just recovered from fever. But still coughing. Nawfal pun tengah batuk jugak tuh. Ni dah dekat baby nak keluar both bit cranky and manja lah sangat². Bila bagi attention lebih sikit kat sorang, sorang lagi macam tiba² emo kata mama tak sayang dia. As Nawfal suddenly said last night "mama asyik mandikan adik jek. tak mandikan abang pun...". Oh sedihnye bunyi. Awak kan dah besar, a big brother kan? So you have to start to be independent dah. Mama sayang semua lah. Sayang papa jugak! ;P The thing is, mama dah tak larat lah. Balik rumah, mandi, kemas² sikit otak dah ke tilam dan bantal je. Sorry... ;( Kekadang kalau over sangat mengada² tetap lah mak temper nyah. Haish!

Ok lah folks. That's all for now. Dah nak end of year nih bz semacam pulak kat opis. Til we meet again in the next entries. Adios!

;)

Monday, December 13, 2010

Teringat² dan terliur

pagi tadi tak sempat nak tapau bawak ofis
dan sekarang saya sudah terliur mengenangkannya...
hoh! tak sabar nak balik! ;P

p/s: kepada semua yang berkenaan, terima kasih kerana merealisasikan impian saya untuk makan jambu batu & jambu air bersama kuah rojak mak bee dari r&r tapah ini ;)
trimasss!

Hi-Tea @ Ancasa Hotel

The other day saya ada cakap saya ngidam hotel buffet kan? Kepada yang bagi suggestions/comments to the entry, terima kasih ye. For a start mari kita ber-hi-tea dulu. Recommended by my sister. Sebab dia kate the price is reasonable to the food they served :)

Oh btw, sempena Christmas ni diorang combine lunch & hi-tea. Tak tau lah apa bezanya. Tapi mesti lah rate sama kan pasal food dia sama jek. I reserved online, so dapat flat rate RM28++/person (RM32.20). Ternyata ia tidak mengecewakan. Ye lah, hotel ni dah lah tak glamer. Sebelah puduraya lagi. Hahaha ;P Alhamdulillah. The food served was OK! :)


ada western, ada japanese, ada malay food ;)

Gambar tak banyak sebab leka makan and layan anak². We really enjoyed it to the bits. Tapi ada jugak lah certain food yang tak dan nak makan pasal perot dah sendat sesangat. End up bila malam gua teringat all the foodies. Pffft. Nasib baik dan nak makan lasagna dia yang kakak kata sedap. Memang sedap! Terasa² pulak kat mulot nih. Tsk!

delicious!

saya suka kek(s)!

dan pastries!
tapi tak dan nak makan bread pudding dia
my gf kate sedap! tsk! :(

rojak buah
kuah rojak mak bee ke dia pakai? :P best! :)

Ada udang tempura. Memang melantak tuh jek. Bebudak pulak meratah chicken wing. Saya tak rasa pun chicken wing tuh. Gf saya kata sedap. Patutlah bebudak suka ;)

nyam! nyam! ;)

Tak ramai pun orang. Macam kitorang jek dalam tuh. Dah almost 2pm baru ramai. Tu pun student yang stay kat hotel tuh kot. Full tetiba. Tengah makan tiba² kitorang kena paksa rela masuk cake deco contest. Dia nak 4 contestant. Me, my gf and the other 2 was the students. Lelaki ;P Nak tak nak, join je lah. Tapi yang tuh nanti kita cerita lain lah ye ;)

Saya still belum puas makan buffet. So next tak tau lagi lah nak ke mana. En hubby please take note. Disebabkan anda secara tiba² cancel nak join sebab kerja, anda kena belanja saya lunch / dinner buffet. Deal? ;P

To my gf, sorry for the late birthday treat. Hope you did enjoy it. Happy belated birthday beb! :)

Friday, December 10, 2010

Kepingin

BR oreo slice cake
sudah dapat! yummy! :)

Thursday, December 9, 2010

Mengidam buffet hotel

Aiyooo! Tak tahu lah nak buat macam mana lagi. Tahap pemakanan dah macam hape je rasa. Ini dah mengidam nak makan buffet kat hotel jek. Bila ajak en hubby tahu apa dia kata? "You ni makan je lah. Kang perut keras la pe la, bising". Hahaha. Sabo je lah. Dah nak buat macam mana. Harituh pi legend tak dapat dinner buffet. Breakfast buffet pulak hampeh!

Ok, mak dah tak larat tahan gelora dijiwa nyah! Dah booking pun for this Saturday. Payment made! Bukan dinner buffet tapi hi-tea aje. Jadi lah. Asalkan makan kat hotel! ;P

Ada yang nak rekemen mana² buffet yang best? Cadangan amatlah dialu² kan. Trimasss! ;)

Friday, November 26, 2010

All about Penyusuan Ibu

Ada kalanya bagus jugak ada emel 'mesej hari ini' kat ofis ni. But kekadang annoying jugak. Most of the time I just delete it. Tak larat nak layan ;P

Tapi info yang ini saya suka. Pasal penyusuan ibu. Dah 2 anak, dua² saya fail to breastfeed. Tak tahu lah mana silapnya. Mungkin salah diri saya sendiri yang kurang kesabaran dan ilmu di dada *awww! ayat tak boleh blah!* ;P I don't have to elaborate my excuses regarding this, it's just plain lame after all.

Tapi mana tahu saya berjaya untuk 3rd baby ni? Chaiyo! ;)

Petua Penyusuan Yang Berjaya
Amalan positif:
  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  • Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  • Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting.
  • Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  • Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Amalan negatif:
  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda.
  • Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.
  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.
  • Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi.
  • Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa 6 minggu pertama adalah masa 'latihan' untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.
  • Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar . Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.
Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur (*yang ni boleh consider PB ;P*).

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Sumber: Persatuan Penasihat Penyusuan Ibu Malaysia

Apa pun yang penting tekad, ilmu dan kesabaran. Kan?;)

Wednesday, November 24, 2010

Cramp pertama saya terjadi dalam minggu ke-26 kehamilan

Last night I had my first leg cramp, at 4am to be exact. Sempat lagi pandang jam. Hehehe ;P. En hubby yang tengah syok tidur terus terbangun, mamai and pegang my calf. Apa lagi, menjerit mak, nyah! Sakit! Tu kalau sesapa dengar sure ingat we all tah buat apa tu kan. Hehehe ;P Yang best lepas saya jerit sakit tuh en hubby leh sambung tidur dengan selambanya (?). You ingat you mimpi ke b? ;P Terus la saya pun stretch kan kaki, berdiri and walk a little bit sampai rasa lega. Alhamdulillah, tak lama cramp tuh. Pagi ni saya google pasal cramp during pregnancy. So in conclusion after reading it, I suspected that I'm dehydrated. I just have my drinks whenever I'm having meal. My bad. Kurang minum plain water, that is. And that's the answer for my low blood too.

To make it worst, I had ice blended for 2 days in a row; mocha from auntie anne and the latest yesterday was peppermint mocha frappuccino from star.bucks (sedap gile! ;P). Lepas minum tak reti pulak nak bilas dengan air kosong. Tekak rasa haus masa nak tidur, tapi malas nya nak keluar bilik pi dapur minum air. Haa tu yang jadi cramp tuh semalam :( Sejuk sangat pun iye lah jugak agaknya. Hope lepas ni tak kerap sangat lah cramp tapi dengan syarat banyak la minum air eza oi! ;)

Then nak masuk 3rd trimester ni saya mula dah rasa loya, mual² balik. Aduhai, ingat dah abis dah part tuh. Jadi lagi! Sungguh tak selesa... :( Masa minum ice blended auntie anne tuh, on the way balik siap muntah dalam kereta :( Tapi semalam lepas minum SB punya frappuccino ada lah jugak rasa nak muntah, tapi dapat bertahan. Takmo kasik keluar, rugi! Hahaha ;P Untuk mempositifkan diri dengan alahan pregnancy ni, saya anggap itu semua ujian dari Allah. Dia dah bagi rezeki, kena la ada ujian sikit kan? ;)

Next week check up. Can't wait to see my lil' one ni. Kemain lagi awak dok joget² dalam tu eh. Abang and kakak memain, bising kat luar, awak kat dalam pun excited sama ;) Semua pun excited nak tunggu awak keluar. But for now, stay healthy and happy inside mama's tummy k. We'll see you in March, InsyaAllah ;)

p/s: saya semakin serasi bersama si torch ;) tinie, celcom dah bukak tuh. pi terjah! :P

Friday, October 15, 2010

Adakah saya lactose intolerance?

Saya start minum anmum for maternal baru je since bulan lepas. Itu pun beli tapi tak bukak². Takde nafsu nak minum susu. Tapi sebab fikir saya kena ada sumber kalsium, bukan just untuk saya, untuk si anak jugak, saya pun gagah kan diri bancuh susu setiap pagi. Mula² start minum tuh memang saya perasan, lepas Subuh minum susu perut saya macam angin. Saya diamkan aje lah sebab pikir masa tu memang morning sickness saya tak berapa nak stable lagi. And lately nih bila minum je saya semacam kena diarrhea. Memulas² perut, berkali² ke toilet. Pelik sungguh. Sebelum pregnant saya ok je dengan susu. Ke tak sesuai anmum, kena tukar enfamama? Ke kena tukar ke susu kotak je terus? Mmm...

Kalau saya betul² lactose intolerance, for sure lah lepas makan kek ke, roti susu ke, milo ke, strawberi shake ke mesti saya terkena jugak effect yang sama kan? Pelik. Somehow, I managed to google about it read through this. Perhaps I should change my calcium supply; from milk to leafy greens, tofu, soy milk, etc as suggested. Tapi saya rasa saya tetap perlu consume susu. Seriau jugak bila baca artikel ni. Atau pun saya kena ikut my previous pregnancies routine - saya bancuh anmum dengan cold water. Minum sejuk². Atau minum susu selepas makan? Tak boleh masa perut kosong? Wah! Banyak betul experiment nak kena buat. Hehehe. Ok, wiken ni kita kasi try lah! ;)

Atau ada sesape facing the same problem ke? Boleh share experience & suggestions? ;)

Thursday, October 7, 2010

Breakfast routine

Last 2weeks I was craving for nasik lemak + paru sambal + telur mata. I had it almost everyday for my breakfast. And this week I've been having mcdonalds breakfast. Everyday. Suka sangat dengan lempeng hotcakes and syrup dia tuh. Plus a cuppa coffee and milo ice. Wajib! Hari² jugak orang dok pandang saya masuk opis sambil bawak tray air mcD tuh. Malu I tau ;P Nasib baik beg besar, plastik hotcakes sorok dalam beg. Hehehe ;P

Ondaway to work, hash brown tuh kasik abih dulu sambil driving. Alas perut. Sekarang bangun je pagi perut dah keroncong. Before off to work I've to have my cuppa hot milk la dulu. If not, I'll be dizzy all day. Angin kot eh?

Next week my breakfast routine will be changing again. Apa lah pulak menu breakfast nya? Ye lah, bila big boss dah balik no more driving. Malas. I miss you dear ;)

So now you can imagine lah kan how big I am la ni? Beso gedabak dah. Haiyah! ;P Next month check up kena check darah bagai. Kena control nih makan. If not pedih telinga dengar the doctor bebel ;)

Ok la folks. Happy breakfast & happy Thursday! Jom makan! ;)

p/s: pic courtesy of mcdonalds

Wednesday, September 22, 2010

Al-kisah...

Harituh makan sikit dah mual, loya, muntah terus. Dah lepas phase mabuk, jadi lah saya yang dulu. Pemakan. Tapi this time tak boleh makan sekali banyak dalam satu masa. If not, mau menyandar je lepas makan. Perut rasa ketat dan keras :P Dan kalau memang melebihi kapasiti sepatutnya, memang ada chan la keluar segala isi perut tuh. Pelahap eh? :P

Mak saya termasuk lah en hubby pun dah rasa macam tak sanggup nak tengok saya asyik makan je kerjanya. Lepas makan nasik, selang beberapa minit saya mesti nak carik benda lain pulak untuk dikunyah. Habislah kerepek, rempeyek, maruku kat rumah tuh saya kerjakan. Tetamu yang nak datang umah tuh, sila lah makan kuih raya saja ya. Kerepek segala saya dah abih kan dah ;) Tapi yang best saya tetap dengan rutin saya macam dulu. No more snacks or food after 8pm! Kalau dulu memang sampai ke esok pagi lah kan. But this time around, saya akan terjaga pukul 1 ke 2am gitu sebab perut berkeroncong! Fuh! Saya pulak naik takut dengan selera saya sekarang nih. Ada time saya ignore je kelaparan tuh. Tapi ada masa macam dah tak boleh tahan. Mengenangkan baby yang lapar dalam perut (alasan!), saya bangun jugak lah bancuh milo ke susu kan. Tak pun kalau tengok en hubby tak tidur lagi, siap request double cheese burger. Pengsan.

Ni berat badan tak tahu lah dah berapa kilo dah naik. Saya sendiri horror tengok diri sendiri. Membesar dan mengembang bagai johan! Pada hal baru 16weeks plus. Dah tuh selera pulih betul² time raya. Haa, siapa nak jawab? Memang balun sungguh² la kan ;P Pakai baju kurung dah rasa seksa dah rasanya. Tang kainnya lah. Zip tak sampai separuh. Jangan terlondeh sudah. Hehehe. Tapi dulu masa pregnantkan Nawfal, berat last before deliver adalah 80kg. Champion! Nasib baik soon lepas deliver terus hilang 14kg. Then lepas pantang dapat berat ideal. Lega. Masa Nadhirah berat saya tak naik sangat. Tapi yang nih rasanya sejarah akan berulang lah kot. Jangan lebih 80kg sudah. Pecah rekod.

Apa² pun, makan makan lah jugak. Tapi kena make sure every intake should be in moderate lah kan. Lagipun umur dah pangkal 3 ni kena jaga² jugak. Kang tak pasal² dapat kencing manis lah, hypertension lah kan. Asalkan badan sihat dan baby pun sihat dah cukup bagus. Tapi orang kata, selera orang pregnant nih mana boleh tahan² eh? Hehehe. Alasan!

Oh btw, ketagihan saya terhadap ais juga sudah pulih. Lagi lah en hubby geleng kepala ;P

p/s: teringin kopi kat starbucks lah! ;P

Thursday, July 22, 2010

This will be sorely missed...

...Lying on my stomach! Unless I have water bed lah. Hehehe ;)

For now I'm having problem to eat a healthy diet as I have difficulties to deal with problems like food aversions, a sensitive sniffer, and a growling, churning stomach. Yes, I'm on 'mabuk' phase. Haa cepat lah abis phase nih. Tak larat!

Apa² pun, syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi. I pray for smooth sailing journey. InsyaAllah ;)