Pelihara perkahwinan hingga hujung nyawa
PASANGAN yang baru melayari bahtera rumah tangga sering menanam impian untuk sehidup semati bersama pasangannya, begitu juga mereka yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Namun, tidak semua yang mendirikan rumah tangga sedar hakikat sebenar perkahwinan. Ramai yang membayangkan dunia perkahwinan penuh warna-warni tetapi apabila menghadapi dugaan, terasa amat perit sekali. Berikut beberapa perkara yang menghalang pembinaan keluarga gemilang jika seorang daripadanya tidak membina aspirasi kukuh dalam konteks perkahwinan sebenar. Ambillah sisi yang baik daripada perkahwinan supaya anda menjadi pasangan yang amat bahagia dan memintal perkahwinan itu hingga ke hujung nyawa.
# Merasakan perkahwinan akan membahagiakannya
Bahagia itu amat subjektif. Bahagia itu adalah bagaimana kita bersyukur dan gembira dengan apa yang ada. Jika dari awal sudah bersikap negatif serta mengharapkan perkahwinan akan mengubah hidup menjadi gembira, itu satu kesilapan.
Perkahwinan harus dipandu untuk menjadi perkahwinan yang menggembirakan, bukan perkahwinan itu yang akan mengubah diri menjadi gembira.
# Mengharapkan perkahwinan yang bahagian dan memiliki pasangan romantis
Menonton wayang ada kalanya dipaparkan dengan cerita yang indah dan romantis. Hidup ini pula ada turun naik atau pasang surutnya. Kadang-kadang semakin lama mengharungi dunia perkahwinan, semakin banyak komitmen serta semakin mencabar manakala situasi romantis semakin pudar kalau tidak berusaha menyemarakkannya kembali.
# Merasakan bahawa pasangan sepatutnya memahami dirinya
Walaupun berkahwin dengan saudara rapat sekali pun, dia tidak akan dapat membaca fikiran anda apatah lagi lelaki. Tidak semua lelaki mempunyai perasaan empati yang tinggi. Kebanyakan mereka memerlukan isteri yang berterus terang mengenai perasaan mereka. Sebagai isteri, kena selalu berbincang hati ke hati dengan suami, bukan menyindir apabila ada kehendak tidak tercapai kerana sindiran atau kata-kata kurang menyenangkan itu menjadi bibit kehancuran.
# Menganggap suami sepatutnya melayannya seperti puteri raja
Apabila ditanya kepada lelaki mengenai perkahwinan, rata-rata akan menjawab, "Nanti ada orang masakkan makanan, cuci baju dan kemas rumah." Jarang didengari, "Bila kahwin, aku mahu berikan apa yang dia mahu, layan dia macam puteri, urut badannya, bawa dia bercuti dan enaknya ayatnya membuai perasaan." Ayat itu hanya digunakan lelaki sekadar 'mengayat' gadis semata-mata. Jadi, sebagai isteri berpijaklah di bumi nyata.
# Menganggap perkahwinan adalah penyelesai masalah
Sebelum berkahwin, pasangan selalu bergaduh tetapi mereka memutuskan untuk berkahwin supaya tidak lagi bergaduh. Adakah ia menyelesaikan pergaduhan? Semuanya perlukan usaha daripada pasangan sendiri kerana berkahwin beberapa kali pun, keadaan tidak akan berubah jika tiada apa yang dilakukan.
# Merasakan kehidupan akan tetap sama seperti mula-mula berkahwin
Pasangan baru berkahwin biasanya merasakan seolah-olah berbulan madu sentiasa. Namun masa terus berlalu dan meniti perjalanan perkahwinan yang semakin matang. Anak semakin ramai, kerja semakin teruk serta gaya hidup mungkin berubah. Ramai pasangan menghadapi tekanan dan memerlukan terapi khusus dalam merungkai masalah.
Pasangan perlu berusaha untuk menjadikan perubahan yang berlaku dalam perkahwinan tidak ketara hingga sukar untuk dihadapi oleh mereka.
Segalanya bermula daripada diri sendiri. Ada suami yang mula rasa bosan apabila anak kian ramai, isteri semakin mengendur kulitnya, sehingga hati si suami mula memasang keinginan berkahwin lain. Sebagai isteri, anda perlu sentiasa kelihatan cantik dan menawan, bukan kerana takut suami dikebas orang tetapi dek tanggungjawab isteri yang cinta dan hormat pada suaminya. Lebih penting, kita kena selalu mendekatkan diri pada Allah kerana hati pasangan adalah dalam 'tangan'-Nya.

2 comments:
sangat berguna .. tq .. :)
Ya, perkahwinan harus dipandu.
Post a Comment