Friday, September 17, 2010

I wonder why...

Dah 8 Syawal dah harini. Hari Jumaat, hari yang paling mulia di kalangan hari² lain. Still dalam bulan Syawal, tapi saya dah tak rasa pun mood raya. Cumanya raya² ni yang spesel dengan hidangan raya. Tapi itu pun tak raya masih lagi boleh dapat, kan? Dan satu lagi, it's time to get together with family, relatives and friends. Kalau bulan² lain dalam setahun tak jumpa, insyaAllah, raya mesti jumpa ;)

Yang paling saya suka raya² ni sebab ada takbir. Suka sangat dengar takbir raya. Dari malam raya memang tradisi rumah kami orang surau datang bertakbir. Rumah ke rumah. Rasa tenang jiwa dan raga. Rasa aman je rumah dengan takbir. Luckily this year kat rumah PIL ada takbir jugak. Seronok! Tapi tu lah, tak tahu lah kalau korang semua perasan ke tidak. Bila saya tanya kawan saya dan bagitau ketidakpuasan hati saya, dia pun setuju jugak. I wonder why kenapa this year tak banyak takbir raya kat tv and radio??? Pelik. Yang ada cerita hantu karut-marut lagi menyesatkan tuh. Apa ke hei nya entah raya² kasi siar cerita hantu. Tak masuk akal! Sampai dah menyampah nak tengok tv. Tambah bosan lah raya saya kan.

Anak² saya pulak sangat happy time² raya nih. Seronok sebab pakai baju² baru. Seronok dapat berjalan lebih sikit masa raya kan. Ramai orang datang rumah, ramai lah kawan dia nak bermain. Time tidur, makan pun entah ke mana. Main jek kerjanya. Tapi saya seronok bila tengok diorang happy :) Satu je saya terapkan kat anak² saya. Raya is not only about collecting duit raya! Asal jumpa orang mintak duit raya. Saya benci bila tengok ada kanak² yang macam tuh. Raya = duit raya (?)(!). Kena kumpul sehabis banyak. Pulun. Is that what the meaning of hari raya? Saya tak nafikan itu tradisi kita, nak meriahkan lagi suasana hari raya. Tapi tak perlu lah sampai nak meminta². Dan time² tuh jugak nak bukak sampul and tengok berapa orang bagi. Kalau banyak senyum lebar, kalau dapat sikit merungut depan tuan rumah. Kalau tuan rumah tak hulur sampul duit raya, boleh pulak questioning, duit raya takde ke? Amboi! Takde manners langsung! Pemberian duit raya tu satu pemberian ikhlas empunya diri. Tapi bila orang mula mempersoalkan kuantitinya, dah jadi satu bebanan la pulak kan? Sedikit mana pun isinya, sepatutnya kita gembira dan seharusnya bersyukur ;)

I wonder why... ;)

p/s: apa maksud 1malaysia? yang pasti, agama tak boleh disatukan! kita takde santa masa raya! ;)

2 comments:

Unknown said...

tu lah .. aku ingat aku je yg perasan benda ni .. kat tv lagilah .. harap tv1 je yg ada .. tp tu pun on & off .. nak 1 malaysia sangat kan .. haishhh

@xiM said...

makin lama raya makin hilang kemeriahannya..i pun wonder why..